JURNAL KOH SAMUI (BAHAGIAN III)

11:55:00 PM

...sambungan dari Journal Koh Samui (Bahagian II)


Tarikan Pelancong
Koh Samui meyediakan pelbagai tarikan dari segi flora, fauna, infrastrukturnya yang kaya dengan budaya dan banyak lagi. Dari hutan dara yang belum diterokai hinggalah ke bazar jualan hasil tempatan, Koh Samui mempunyai segalanya.

Ang Thong National Marine Park
Ang Thong
Tel: +66 7723 8231
Menjadi inspirasi bagi novel "The Beach" oleh Alex Garland yang dibintang Leonardo DiCaprio, taman negara ini mengandungi arkipelago yang terdiri daripada 42 pulau kecil, mengunjur sehingga 100 km persegi darat dan laut. Taman negara ini juga memukau pengunjung dengan tebing batu kapurnya yang berusia berjuta tahun, hutan dara, pasir pantai yang bersih, air terjun, teluk yang tersembunyi dan juga hidupan liar yang ada. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah snorkeling, berkayak, diving dan juga berlayar.
Koh Tao & Koh Nangyuan
Koh Tao merupakan pulau terkecil yang berbentuk penyu di utara Koh Samui. Koh Tao begitu menawan dengan lautnya yang berwarna biru azure, hidupan marin yang terutamanya penyu baka hawksbill dan juga batu karang yang berwarna-warni. 
Koh Nangyuan pula terletak hanya 15 minit dari Koh Tao, memukau pandangan dengan pantainya yang mempersonakan. Pulau ini juga sesuai bagi pengunjung yang menginginkan ketenangan untuk diri mereka.
Big Buddha Temple
Bo Put
Dibina pada tahun 1972, berhala Buddha berwarna emas yang terletak di Big Buddha Temple ini mempunyai ketinggian sebanyak 12 meter dan juga dikenali sebagai 'Wat Phra Yai'. Kuil ini merupakan salah satu tarikan utama di Koh Samui kerana kuil ini merupakan salah satu mercu tanda pertama yang boleh dilihat dari udara bagi pengembara yang menaiki kapal terbang. Di bahagian bawah patung Buddha ini, pengunjung boleh menjumpai pelbagai gerai kecil yang menjual tangkal, artifak keagamaan, cenderahati dan juga makanan. Pemakaian yang sopan amatlah dititikberatkan di kuil ini.
Secret Buddha Temple
Na Muang
Sebuah penemuan baharu menanti anda di puncak air terjun Tar Nim, dengan ukiran figura kisah dongeng Buddha, "Secret Buddha Garden" menjolkan ciri ciri unik koleksi patung yang masih elok ditengah-tengah hutan yang tidak terusik lagi, dikelilingi dengan air terjun dan anak sungai. Patung-patung ini merupakan perlambangan bagi dewa-dewi Buddha, makhluk ajaib, manusia dan binatang - semua dengan kisahnya yang tersendiri.
Na Muang Waterfall
Na Muang
Air terjun Na Muang merupakan air terjun yang paling dikunjungi di Koh Samui. Terkenal dengan jolokan "Purple Waterfall", air terjunnya menuruni batu batuan yang berwarna ungu dan memberikan pilihan lain bagi pengunjung yang mahu mencuba sesuatu selain daripada pantai. Air terjun ini juga sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga seperti berkelh, menjelajah, mengembara atau bermandi manda. Na Muang Safari Park yang berdekatan juga wajib dikunjungi, dengan aktiviti terkenal seperti menunggang gajah.
Hin Ta and Hin Yai Rocks
Lamai
Kedua-dua formasi batuan semulajadi ini dikenali oleh warga tempatan sebagai batuan "Atok" dan "Nenek", berkemungkinan kerana formasi semuljadinya yang menghairankan. Batu-batuan yang bernama Hin Ta dan Hin Yai ini sebenarnya menyerupai genetalia lelaki dan perempuan dan menimbulkan banyak kisah dongeng yang disampaikan dari turun-temurun.
Aktiviti Menarik
Dengan iklim tropikal di Koh Samui, pelbagai aktiviti riadah dibawah sinaran matahari dapat dijalankan termasuklah snorkeling, berkayak, jungle trekking dan banyak lagi. 

Lawatan semulajadi di Koh Samui
Koh Samui bukan sahaja terkenal dengan pantainya yang cantik, tetapi terkenal juga dengan keindahan hutan hujan tropiknya juga. Bagi pengunjung yang ingin melihat sendiri bunga-bunga eksotik yang berbunga pada setiap pagi, jungle walk amat sesuai untuk pengunjung, berserta air terjun Na Muang yang menyegarkan. Eko-pelancongan di Koh Samui juga meliputi jip safari yang membawa pengunjung ke hutan hujan yang masih dara.
Trip Snorkeling
Bagi penggemar snorkeling, anda boleh melihat sendiri batu karang yang cantik dan juga ikan-ikan bersama dengan air laut Teluk Thailand yang suam disinari matahari. Antara pulau yang paling disyorkan adalah Koh Tao dan Koh Nang Yuan.
Trip Kayak
Cabar diri anda dengan trip berkayak seharian bersama jurupandu dan menjelajah ke seikitar Taman Negara Angthong dan Pulau Batu Karang (Coral Island). Nikmati keindahan panorama dan bunyian di sekitar persisiran Koh Mae Ko, diikuti dengan jungle walk untuk melihat "Green Lagoon". Kemudian, berkayak semula melalui pulau Tai Plao dan lihatlah formasi bukit batu kapur yang menakjubkan.
Bermain Golf di Santiburi Samui Country Club
Lengkapkan percutian anda dengan pengalaman bermain golf yang sukar untuk dilupakan di Santiburi Samui Country Club. Country Club ini menyediakan padang golf 18 lubang yang mampu memukau pengunjung dengan panoramanya yang dramatik bersama gunang ganang dan cerun menuju ke persisiran pantai.
Pusat Latihan Monyet Samui di Bo Phut
Saksikanlah gelagat monyet terlatih yang bakal mencuit hati pengunjung di pusat latihan ini. Selain daripada trik biasa seperti memetik buah kelapa dari pokok, monyet monyet ini juga boleh melakukan persembahan seperti melompat dari gegelung api, mengingat nombor, membuka ikatan tali, bermain gitar dan banyak lagi!
Monyet Bermain Gitar :P

...bersambung di Journal Koh Samui (Bahagian IV)

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images