Tempat-Tempat Menarik di Taiwan (Part 1)
3:33:00 AMBeitou Hot Spring Museum |
Taiwan Folk Arts Museum |
Tamsui Oxford Museum yang berada dalam bangunan Oxford College, sebuah tapak warisan di sini. Ada pelbagai foto-foto dan memorabilia yang berkaitan dengan kisah mubaligh Kanada, George Leslie Mackay, yang telah meninggalkan impak besar di utara Taiwan dari 1870an hingga 1890an. Di lokasi paling utara di muara sungai, Fisherman's Wharf atau Dermaga Nelayan ada banyak kedai makan dan ia juga merupakan pusat pelancaran bagi pelayaran kapal layar Blue Highway.
Jalan utama di pelabuhan Aodi ialah lebuh raya yang dibarisi kedai-kedai makan yang menjual makanan laut yang sangat segar di mana baru sahaia ditangkap tiap-tiap pagi. Fulong Beach, pantai paling popular di timur. Destinasi ini memiliki fasiliti lengkap untuk meluncur angin, berperahu, berkayak dan berkhemah. Ada juga lorong untuk penunggang basikal dan pejalan kaki.
Beiguan Tidal Park yang hampir dengan Lanyang Plain, ialah lembangan batu karang yang timbul ke permukaan dari dasar laut akibat aktiviti tektonik berkurun lamanya.
Heping Island Park di jalan masuk pelabuhan dihubungkan oleh jambatan pendek. Lokasi ini ada taman hiburan, formasi batu ganjil, kedai makan makanan laut, lorong-lorong pendek yang santai dan Aboriginal Culture Museum.
Tempat menjadi tumpuan ramai ialah Leofoo Village, taman hiburan dan safari yang luas. Naiki kereta api di Neiwan Branch Railway Line yang melalui landasan sempit dan curam ke puncak berbukit dari Bandar Hsinchu. Nikmati keindahan alam semula jadi dengan merentasi Jambatan Gantung Neiwan dan menjamu selera di restoran-restoran Hakka. Lokasi menarik yang lain ialah bandar Beipu di Jalan Lama dan laluan trek Tasik Emei yang mempesonakan.
Leofoo Village |
Beipu |
Bagi para pelancong yang ingin mempelaiari lebih lanjut tentang puak orang asli Saisiyat ini sambil menikmati keindahan panorama yang bergunung-ganang, sila berkunjung ke Tasik Xiangtian dan Saisiyat Folklore Museum yang dibina di tebingnya.
2. Taichung
National Museum of Natural Science berkualiti tinggi dan mesra kanak-kanak sebagai pameran jemputan yang menyentuh tema-tema terkini termasuk tidur dan Laluan Sutera.
Jingming First Street, lorong pejalan kaki sepanjang 130 meter, dibarisi kedai-kedai kecil yang mengasyikkan dan tempat di mana anda boleh menikmati budaya kafe ala Eropah.
Sebuah pusat peranginan dan libur bertaraf antarabangsa di huiung utara Taichung, Yamay Recreation World, menggabungkan dua fasiliti: Mala Bay Water World dan Discovery World
Para pengunjung boleh menuju ke Nine-Turns Lane, jalan yang dibina berliku-liku untuk menghadang angin musim seiuk yang membawa pasir. Houche Lane lebih lurus dibarisi rumah-rumah klasik termasuk rumah besar di No. 8 yang sudah runtuh.
1 comments
It is a pity that Taiwan does not travel to Tainan
ReplyDeleteMany old buildings and delicious food
Accommodation suggestions yellowkite
The service was very friendly and helped us upgrade two large beds
The hair dryer has a lot of air, which is really a great surprise. Hard and soft beds do not want to get up properly, there is a children's play area
For families with children, let your children have fun
Very close to the city, but there is also a lot of food nearby, cp is very high, there are coin-operated washing machines, dryers
Online booking is cheap, but room cannot be selected