Taman Awam Miri
Terletak
tidak jauh daripada tengah bandaraya Miri, taman yang mempunyai
rekabentuk lanskap menarik ini sangat sesuai dijadikan tempat riadah
bersama keluarga atau dijadikan tempat senaman ringan. Taman Awam Miri
ini juga terdapat taman botanikal, menara peninjau, jambatan gantung,
taman permainan kanak-kanak, astaka dan gerai makanan.
San Ching Tian Taoist Temple
Kuil
Tao ini adalah merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Ia
terletak di kawasan Krokop (lebih kurang 10 minit perjalan dari tengah
bandar), Kuil Tian Tao Ching San telah dibuka pada tahun 2000 dan dijaga oleh imam Tao.
Tua Pek Kong Chinese Temple
Merupakan
ikon penting bagi sejarah awal Miri, ini adalah tokong yang tertua di
Bandaraya Miri. Terletak di seksyen "Old Town" di bandar Miri (di
persimpangan jalan China Street dan Jalan Bendahara), Tua Pek Kong
Chinese Temple pada asalnya dibina pada tahun 1913 oleh pendatang Cina
yang kemudian bekerja di industri minyak Miri yang baru ditubuhkan pada
ketika itu.
Miri City Fan
Tempat
yang sempurna untuk berjalan-jalan, berehat atau sekadar duduk pada
waktu petang di taman ini yang telah memenangi anugerah kebangsaan taman
awam City Fan yang terletak di tengah-tengah Bandar Raya - taman yang
kompleks dan berlanskap elegan, mempunyai taman-taman tema dan
amfiteater terbuka. Disini anda juga boleh menyemak karya seni tempatan
Sarawak di Perpustakaan Miri (Pustaka Miri) yang terletak di sebelah
kanan.
Canada Hill
Bukit
Kanada merupakan kawasan yang baik untuk memerhatikan keseluruhan
Bandaraya Miri dan persisiran pantai dari pandangan atas. Anda juga
boleh melihat telaga minyak yang pertama di Malaysia - "Grand Old Lady" -
dan melawat Muzium Sains Petroleum yang betul-betul terletak di puncak
bukit.
Luak Bay Esplanade
Hanya
15 minit dari pusat Bandar Raya, ini adalah tempat yang hebat untuk
anda barbeku bersama keluarga, berkelah di tepi pantai dan bersiar-siar
santai di sekitar pantai. Terdapat banyak ruang letak kereta dan
gerai-gerai minuman sejuk biasanya disediakan. Anda juga boleh pergi ke
Luak Bay Esplanade dengan menaiki bas.
Taman Negara Loagan Bunut
"Tasik
mengecil" ini diberi nama sebagai Loagan Bunut. Semasa musim kemarau
(Februari hingga Jun), anda boleh berjalan memlalui lumpur kering di
tasik ini yang juga merupakan tempat yang popular untuk melihat burung.
Disini anda akan dapat melihat perubahan kegiatan kehidupan liar
mengikut musim berlalu. Untuk menuju ke Taman Negara Loagan Bunut ini,
biasanya mengambil masa kira-kira 3 jam dan sangat sesuai jika anda
menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Taman Negara Gunung Mulu
Jika
anda bercadang untuk tinggal lebih lama di Miri, lebih elok sekiranya
anda melawat tapak warisan dunia yang ssangat bernilai ini. Ia terkenal
dengan kompleks gua yang mengagumkan, biodiversiti dan keindahan seluruh
taman yang indah - yang juga termasuk puncak batu dan Skywalk Kanopi
(terpanjang di dunia dan yang pertama menggunakan struktur berasaskan
pokok). Taman Negara Gunung Mulu hanya memerlukan 25 minit penerbangan
dari Bandaraya Miri; penerbangan biasanya boleh didapati dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Miri.
Taman Negara Bukit Lambir
Jika
anda berasa inginkan cabaran, adalah sesuai sekiranya anda ke sini dan
berjalan di trek berjalan kaki dan serta mempunyai air terjun yang sejuk
dalam salah satu hutan hujan di dunia yang biodiversiti. Hanya 30 minit
pemanduan dari Pusat Bandar, Taman Negara Bukit Lambir. Disediakan
tapak perkhemahan dan chalet sekiranya ingin bermalam (Bas Awam yang
menuju ke Batu Niah dan Bintulu juga mudah di dapati yang melalui pintu
depan Bukit Lambir).
Taman Negara Niah
Merupakan
tempat penting dalam sejarah tamadun manusia. Hanya 1 1/2 jam pemanduan
dari bandar Miri, Taman Negara Niah merupakan salah satu tapak
pra-sejarah yang paling penting di Asia Tenggara. Gua Niah mengandungi
beberapa artifak purba dan lukisan batu yang dilukiskan pada dinding
gua.
0 comments