TIPS PELANCONGAN KE KRABI

12:36:00 AM

Assalamualaikum semua! Okay harini kita nak cerita sikit pasal Krabi dan tips tips yang sangatlah berguna kalau korang semua nak bercuti ke Krabi. Sebelum tu, jom kita kenali terlebih dahulu serba sedikit pasal Krabi.

Let's go!

Krabi merupakan salah satu wilayah dalam Thailand yang sangat menjadi tumpuan bagi para pelancong, selain daripada Phuket dan Bangkok. Topografi Krabi yang unik dan berbagai-bagai telah menjadikan wilayah ini sangat dikunjungi, dengan permukaannya yang dihiasi dengan bukit batu kapur, hutan hujan monsun tropikanya yang masih terjaga, hutan paya bakau dan fosil "kubur cengkerang"  yang berusia 40 juta tahun. Selain itu, pulaunya yang sebanyak 132 juga menjadi tarikan pengunjung dengan airnya yang bersih dan jernih serta pemandangan yang dramatik dengan tebing-tebing curam yang sangat cantik.

Tips Umum
1. Pilih waktu yang sesuai untuk ke Krabi
Cuaca di Krabi ni selalunya panas sebab lokasinya yang terletak cuma beberapa darjah atas garisan khatulistiwa sahaja. Ini sahaja dah cukup untuk membuatkan Krabi sesuai untuk dikunjungi namun pengunjung digalakkan untuk elak bulan September dan Oktober memandangkan itu bulan- bulan yang paling lembab di Krabi.
2. Bawa adaptor universal
Memandangkan adaptor setiap negara kadang kala berbeza, pengunjung digalakkan membawa adaptor universal bagi memastikan aktiviti anda tidak terganggu dengan telefon bimbit atau kamera yang tiada bateri.
3. Bawa pakaian yang sesuai
Memandangkan cuaca di Krabi yang panas dan berangin, pengunjung sangat disyorkan membawa baju-baju yang ringan dan sejuk yang berasal daripada kain cotton, linen atau sutera. Bawa pakaian mandi, flip flop, kaca mata hitam, lotion anti sinaran uv dan topi anda.
4. Jangan risau jika anda lari bajet
Pengunjung yang datang ke Krabi rata-rata tiada masalah untuk mencari kedai tukaran mata wang atau keluarkan duit, terutamanya di tempat seperti Ao Nang. Bank, mesin ATM dan kedai tukaran mata wang boleh didapati dengan mudah. Bank komersial yang ada cawagan di Krabi termasuklah ANZ, CIMB, OCBC, UOB dan Standard Chartered.
5. Krabi kawasan mesra pengunjung
Jika and kehabisan barang-barang keperluan, Krabi ada segalanya. Dari kedai-kedai kecil tepi jalan, kedai runcit dan farmasi, semua boleh diakses dengan mudah.
6. Belajar kata ucapan Thai
Walaupun warga tempatan rata-ratanya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris yang asas, namun sedikit usaha untuk belajar kata ucapan mereka mampu membawa kesan yang baik untuk kedua pihak pengunjung dan warga tempatan.
Tips Pengangkutan
7. Pengangkutan Udara
Ha, kalau nak murah macam biasalah kena tempah tiket flight awal awal. Biasanya memang ramai yang ambil Air Asia sebab murah dan ada flight terus dari Kuala Lumpur ke Krabi. Tak perlu lagi nak transit ke mana mana. Perjalanan pula memakan masa lebih kurang 1 jam 25 minit.
Sebelum tu pastikan:
  1.  Passport anda mestilah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh
  2.  Print tiket pergi balik dan jangan lupa check in!
8. Bas atau teksi dari Airport
Harga teksi dari airport memang dah fix dan memang lebih mahal sedikit berbanding bas. Jadi, jika anda bercuti seorang diri, pengangkutan yang lebih menjimatkan adalah bus shuttle dari airport. Bus shuttle ini berulang dalam 5 kali sehari dari airport ke Pekan Krabi dan Ao Nang dan lebih kos efektif.
9. Songtheow
Songtheow, ataupun teksi berkongsi dalam bentuk trak pikap juga amat terkenal di Krabi. Dari Pekan Krabi, songtheow ini melalui Jalan Maharat, Ao Nang dan Nopparat Thara sebelum patah balik semula. Harganya juga murah iaitu sekitar THB 50 dan penumpang perlu bersetuju dengan harga sebelum naik songtheow.
10. Teksi air
Di sekitar persisiran Ao Nang, banyak bot panjang yang menawarkan perkhidmatan teksi air yang membawa penumpang ke Pekan Krabi, Railay dan pulau-pulau lain. Feri laju juga ditawarkan untuk penumpang pada November hingga Mei yang membawa penumpang ke Pulau Phi Phi, Koh Lanta dan Phuket. 
p/s: Sebenarnya, kalau traveler nak jimat kos dan taknak urusan yang leceh sewaktu bercuti, agensi pelancongan boleh uruskan pra-tempahan bagi segala jenis pengangkutan awam yang anda akan gunakan disana. Jadi, tak perlulah anda buang masa dan merayau-rayau mencari pengangkutan yang paling jimat sebab agensi dah uruskan semua mengikut kehendak anda. Tak perlu tawar menawar, tak perlu takut kena tipu.

Nak Tinggal Di Mana?
11. Ao Nang, pekan sempurna untuk pengembara
Kawasan yang paling dikunjungi di Krabi adalah pekan pantai yang bernama Ao Nang. Ao Nang menyediakan dari penginapan bajet hinggalah resort bertaraf 5 bintang, berbagai-bagai jenis makanan dari makanan laut tempatan yang segar hinggalah makanan antarabangsa. Deretan kedai juga boleh didapati berhampiran pantai yang menjual barang mandian pantai, baju, cenderahati dan tidak ketinggalan juga pusat kecantikan dan juga servis urutan.
Untuk bersiar-siar di Ao Nang, pengunjung boleh menaiki “tuk-tuk” dalam bentuk minivan atau skuter yang mempunyai tempat duduk ditepi dengan hanya THB 30.

12. Railay, pantai yang memukau pandangan
Railay terletak di selatan Ao Nang dan rumah kepada antara pantai tercantik di Thailand. Pantai Railey Barat dan pantai Phra Nang terkenal dengan pantai mereka yang menarik berlatarbelakangkan gua dan tebing batu kapur bersama dengan air pantai yang amat jernih. Traveler boleh trekking disekitar pantai dan terokai lagun tersembunyi dengan pemandangan yang menakjubkan.
Railay hanya boleh diakses dengan bot dari Ao Nang, yang hanya memakan masa sebanyak 15 minit dan kos THB 60.

13. Pekan Pekan Kecil Di Krabi
Bagi merasai sesuatu yang berbeza, pengunjung juga boleh memilih untuk menetap di pekan-pekan kecil di Krabi untuk persekitaran yang lebih senyap dan kurang pelancong. Salah satu pekan yang disyorkan untuk merasai kehidupan dan budaya rakyat selatan Thailand adalah Nopparat Thara.
Sebuah lagi cadangan tempat yang tidak konvensional adalah Koh Klang. Hanya 5 minit menaiki bot dari Pekan Krabi, pengunjung dapat melihat sendiri kehidupan dan budaya masyarakat Muslim Thailand yang menetap disitu. Mereka kebanyakannya terdir dari nelayan, pembuat batik dan juga pembuat bot.
p/s: Tidak tahu untuk tinggal dimana? Jangan gusar. Anda boleh membuat rundingan dengan agensi pelancongan bagi mendapatkan nasihat yang terbaik dari pihak yang lebih berpengalaman. Selain itu, agensi pelancongan juga bertanggungjwab sebagai wakil rasmi anda sekiranya terdapat sebarang masalah dengan penginapan anda.

Aktiviti di Krabi
14. Island hopping
Aktiviti wajib di Krabi sudah semestinya island hopping yang amat menyeronokan. Cuci mata anda dengan panorama disekeliling pulau pulau yang sangat cantik. Kluster pulau yang berhampiran dengan darat menjadi antara kluster pulau kegemaran pengunjung termasuklah Koh Kai, Koh Tup, Koh Mor, Koh Poda dan banyak lagi. Pasirnya yang putih bersih serta air lautnya yang tembus ke dasar berlatar belakangkan bukit batu kapur menjadikan ia satu pemandangan yang sukar dilupakan. Destinasi pulau-pulau lain yang tidak kurang hebatnya termasuklah Koh Hong yang mempunyai batu karang dikawasan cetek dan juga Pulau Phi Phi yang menjadi lokasi penggambaran “The Beach”
15. Pengembaraan laut dan darat
Memandangkan Krabi mempunyai banyak pulau dan pantai yang cantik, aktiviti air haruslah menjadi salah satu tarikan terbesarnya. Kawasaran perairan di Krabi sangat sesuai untuk aktiviti menyelama atau diving dan juga snorkeling. Tidak ketinggalan, pengunjung juga boleh berkayak di kawasan paya bakau dengan airnya yang kehijau-hijauan dan jernih. Bagi peminat jungle trekking, hutan hujan monsun tropika yang ada menjanjikan pengalaman yang indah. Terokai air terjun dan pemandangan pantai yang indah sewaktu trekking. Antara lokasi yang terkenal bagi peminat jungle trekking adalah Taman Negara Phanom Bencha yanga akan membawa pengembara ke air terjun 7 tingkat Huay Toh.
16. Servis urut tradisional Thailand
Tidak sah rasanya jika pengunjung tidak pergi ke salah satu pusat servis urutan jika anda tidak mencuba urutan tradisional mereka. Kesemua tukang urut mereka adalah profesional dan terlatih. Manjakan diri anda dengan urutan tradisional Thailand yang menyegarkan. Antara pusat pusat urut yang terkenal terletak di Ao Nang dan Pekan Krabi dan semurah THB 200 sejam.

17. Shopping di Krabi!

Bukan sahaja anda dapat membeli belah dan cenderamata untuk dibawa pulang, tapi anda juga dapat melihat sendiri budaya penduduk di pekan Krabi. Dari makanan jalanan yang sedap hinggalah cenderamata, semuanya boleh didapatkan disini. Krabi Town Walking Street buka pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula dari 6.30 pm hingga 9.30 pm. Sedikit tips sewaktu membeli cenderamata, anda pandai pandailah sikit tawar menawar dengan peniaga :P



Sekian sahajalah tips untuk ke Krabi kali ni. Stay tune untuk tips ke negara lain pula ya!

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images