10 SEBAB KENAPA PERLUKAN TRAVEL AGENCY

8:26:00 PM




Ramai orang berpendapat bahawa perkhidmatan agensi pelancongan agak mahal dan menelan kos yang lebih berbanding melancong secara sendiri atau "backpackers". Namun begitu, ramai yang tidak tahu kelebihan sebenar menggunakan perkhidmatan mereka. Di sini kami kongsikan 10 sebab mengapa perlu menggunakan perkhidmata agensi pelancongan (Travel Agency):

1. Kepakaran dan pengetahuan yang luas
Ejen Pelancongan boleh memberikan anda tips dalaman dan nasihat, menggunakan kepakaran dan pengetahuan yang mendalam untuk membantu merealisasi percutian impian anda. Selain itu, sesetengah ejen pelancongan telah merasai sendiri dan mempunyai pengalaman ke lokasi pelancongan yang diidamkan. Ini membolehkan ejen berkongsi sedikit sebanyak informasi tentang sesuatu tempat.



2. Menjimatkan masa
Perancangan dan penyelidikan yang teliti diperlukan sebelum pergi melancong ke suatu tempat. Namun begitu, kita akan membazirkan waktu yang lama untuk merancang perjalanan sehingga memeningkan kepala. Walhal, kita boleh menyerahkan segala urusan merancang perjalanan kepada seorang ejen pelancongan yang akan menjimatkan sejumlah besar masa yang berharga.



3. Harga yang berbaloi
Ejen pelancongan boleh memberikan harga yang berbaloi mengikut kepada jumlah anggaran belanjawan pengguna. Malahan, harga yang ditawarkan juga murah dan berbaloi kepada pengguna. 



4. Keperluan yang lengkap (One stop convenience)
Ejen pelancongan akan sentiasa mengatur segala keperluan yang diperlukan bermula daripada perancangan anda sehingga tamat pengembaraan anda. Tiket penerbangan, tempat tinggal, kenderaan serta jadual perjalanan anda akan diuruskan sepenuhnya oleh agensi pelancongan dengan teliti. Apa yang anda perlu lakukan cumalah menikmati percutian tersebut.



5. Wakil rasmi pelancong
Jika anda mempunyai masalah ketika dilapangan terbang atau hotel, ejen pelancongan akan menguruskan segala permasalahan tersebut demi menjaga kepentingan anda. Oleh yang demikian, sebagai pengguna, kita tidak perlu risau kerana ejen pelancongan akan membalas kepercayaan yang telah diamanahkan.


6. Membantu ketika waktu kecemasan
Sekiranya sesuatu kecemasan berlaku, anda boleh bergantung kepada mereka untuk membantu anda. Seorang ejen pelancongan akan mencadangkan dan mengatur urusan perjalanan alternatif, membantu anda untuk berurusan dengan apa-apa kecemasan sewaktu perjalanan anda, dan menghubungkan anda dengan orang-orang tempatan yang betul untuk menjawab keperluan anda.




7. Fleksibiliti
Kadangkala perancangan yang telah dibuat akan dihalang oleh sesuatu perkara dan ini akan memeningkan kita sebagai seorang pengguna. Akan tetapi, ejen pelancongan bergerak secara fleksibel bagi membantu mengatur semula segala butiran percutian pengguna




8. Jaringan kerja yang luas
Sesebuah agensi pelancongan yang baik mempunyai jaringan kerja yang luas di dalam dan luar negara. Oleh yang demikian, mereka mempunyai akses kepada seribu satu pilihan yang mungkin tidak akan anda jumpa dalam mana-mana laman web.




9. Keselesaan terjamin
Agensi pelancongan yang baik sentiasa memastikan pengguna berasa puashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Keselesaan pengguna adalah amat penting bagi merasai pengalaman bercuti yang indah. Agensi pelancangon akan membantu mencari penginapan yang selesa serta menyusun jadual perjalanan anda mengikut kesesuaian.




10. Peluang membina hubungan yang baik
Sebagai seorang pengguna, membina hubungan yang baik dengan agensi pelancongan adalah kelebihan. Apabila seseorang menggunakan perkhidmatan mereka, secara tidak langsung mereka akan mempelajari sesuatu tentang pelanggan supaya dapat merancang percutian idaman pengguan tersebut pada masa akan datang. Pengguna juga berkemungkinan mampu mendapat harga yang lebih rendah kerana mempunyai hubungan yang baik dengan sesebuah agensi pelancongan.

You Might Also Like

2 comments

  1. tumpang tanya. kalau guna guna servis travel agency, proses dari booking tiket flight termasuk bayaran untuk daftar masuk bagasi berat pun diuruskan ke ? ke yang pasal bagasi tu, individu kena urus sendiri ?

    ReplyDelete
  2. yang baru nak travel mmg perlu ambil agent

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images