MASJID DI AUSTRALIA

9:04:00 PM

MASJID CANBERRA
Dibuka pada tahun 1960, masjid ini menpunyai struktur sederhana yang diperbuat dari blok-blok simen, mempunyai kubah berwarna hjau pada bahaguan atas dan di luar bangunan tersebut serta tulisan ayat-ayat Al-Quran menghiasi bahagian dalam masjid ini. Selain daripada menjadi tempat ibadat, ia juga menyediakan kelas pendidikan Isalam Canberra, beroperasi pada hari Ahad dari jam 10.00 pg hingga 1.00 otg.
*130 Empire Cicuit, Yarralumla, Canberra, ACT 2600

MASJID AUBURN GALLIPOLI
Masjid Auburn Gallipoli mencerminkan warsan hasil kerjasama masyarakat Australia dan masyarakat yang membangunkan masjid ini, iaitu masyarakat Muslim Turkey Australia. Berkeluasan satu hektar atau 4000 meter persegi, masjid ini adalah sebuah masjid harus dikunjungi. Omer Kirazoglu adalah arkitek masjid ini. Rekaannya mengikut gaya klasik seni bina zaman Uthmaniyyah dengan satu menara pusat dan kubah. Marmar di halaman hadapannya merupakan marmar selanik dari Tokat (Turki) dan marmar travertin pda dinding luar masjid pula berasal daripada Denizli (Turki). Bingkai-bingkai besinya mempunyai rekabentuk klasik dan dihasilkan oleh jemaaah masjid ini secara sukarela.
*15-19 Gelilou parade (juga dekenali sebagai North Parade), Auburn, Sydney Suburbs, NSW 2144

MASJID DARWIN
Dibuka pada 1985, Masjid Darwin menjadi simbol kerjasama masyarakat majmuk di Darwin. Masjid ini dibina dengan gaya Indonesia namun sebagai penghargaan, hiasan dalamannya dihasilkan berdasarkan budaya Orang Asli Australia. Pengunjung masjid ini terdiri dari mereka yang datang dari pelbagai latar belakang, bangsa, budaya dan bahasa. Kepelbagaian ini terhasil kerana penduduknya datang dari sekurang-kurangnya 24 negara, dari pelbagai lapisan dengan satu persamaan umum iaitu Islam.
*53 - 59 Vanderlin Drive, Casuarina, NT 0810

MASJID HOLLAND PARK
Masjid Holland Park merayakan ulang tahunnya yang ke-100 pada Ogos 2008. Dibina pada tahun 1908, ia merupakan masjid tertua di Queensland. Pada asalnya, Masjid Holland Park ini diperbuat daripada kayu, tetapi dalam jangka masa seratus tahun, struktur bangunan ini telah diperkukuhkan dengan menggunakan batu-bata. Pengunjung masjid ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa dan Bahasa Inggeris digunakan untuk Khutbah Jumaat.
*309 Nursery Road, Holland Park, QLD 4121

MASJID GOLD COAST
Pada awal 1930-an, keluarga Muslim pertama telah tiba dan menetap di Gold Coast. Sejajar dengan perkembangan jumlah penduduk Muslim, Persatuan Masyarakat Islam Gold Coast telah dibentuk pada tahun 1983 dan memerlukan tapak operasi. Oleh itu, pembinaan tapak Masjid Gold Coast telah dimulakan pada 15 Disember 1992 dan pembinaan selesai pada Jun 1996.
*2 Allied Drive, Arundel, QLD 4214   

PUSAT ISLAM HOBART
Masyarakat Bosnia di Australia ialah umat Islam yang aktif dalam pelbagai aktiviti keagamaan, sukan, kelab sosial dan banyak lagi. Pusat Islam Hobart melambangkan salah satu daripada sumbangan penting oleh masyarakat Muslim Bosnia di Australia. Pada awalnya ia terletak di Fitztroy Place dan kemudian berpindah ke Warwick Street. Ia telah dirasmikan semula pada 20 November 2005.
*166, Warwick Street, Hobart, TAS 7000

MASJID COBURG (Masjid Fatih)
Untuk memenuhi keperluan asa komuniti Muslim di Coburg, Masjid Fatih telah dibina pada tahun 1976. Kegiatan yang dilanjutkan tidak mendiskriminasi mana-mana etnik, usia atau agama – sesiapa sahaja yang ingin berkumpulan adalah sangat dialu-alukan, Muslim mahupun yang bukan Muslim.
*31 Nicholson Street, Coburg, VIC 3243

MASJID GEELONG
Bagi mereka yang baru-baru di Victoria, pasti agak sukar untuk mencari masjid kerana seni binanya menyerupai gereja. Malah, ia memang sebuah gereja pada 200-250 tahun yang lalu! Namun bangunan ini masih dipelihara dengan baik.
*45-47 Bostock Avenue, Manifold Heights, VIC 3218

Masjid Bandar Melbourne (University Queensland)
*Di persimpangan Exhibition Street dan Lonsdale Street, Melbourne, VIC 3000

MASJID KATANNING
Pada tahun 1974, umat Islam daro Pulau Krismas dan Pulau Coco mula berhijrah ke Katanning. Maka lahirlah masyarakat Islam Katanning dah sejak itu, jumlah umat Islam terus berkembang. Pada tahun 1980, Masjid Katanning telah dibina sesuai dengan keperluan masyarakat Islam setempat yang memerlukan tempat beribadat dan berkumpul. Setiap minggu ketiga pada bulan Februari, masyarakat Islam Katanning akan mengambil bahagian dalam festival masyarakat majmuk dan memperagakan pelbagai kostum berwarna-warni.
*2 Warren Road, Katanning WA 6317

Masjid Perth City
*Room 32, Level 2, Trinity Arcade, Perth, WA 6000
Masjid Perth
*427-429 William Street, Perth, WA 6000


MASJID SENTRAL ADELAIDE
Masjid Negeri Adelaide dibina pada tahun 1888 dan telah berdiri lebih daripada 120 tahun. Ia merupakan masjid tertua dan terbesar di Australia yang terletak di tengah-tengah bandar. Pembinaan masjid ni dipengaruhi oleh pengembala unta Afganistan yanf dibawa ke sii oleh ahli perniagaan iaitu Thomas Elder, untuk menjaga unta-untanya. Pengunjung masjid ini pasti terkejut kerana suasana di dalamnya sangat tenang dan nyaman dengan hiasan dalamannya yang berasaskan kayu.

*Central Adelaide Mosque, 20 Little Gilbert Street, Adelaide. SA 5000

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images