JURNAL KOH SAMUI (BAHAGIAN I)

12:48:00 AM


Tidak kiralah bagaimana pun percutian idaman anda, sama ada anda pengembara bajet, pencinta liburan mewah, pasangan dilamun cinta, penggemar cabaran ekstrim, percutian yang menenangkan atau pasangan ibu bapa bersama anak-anak, Koh Samui menjamin kepuasan hati bagi semua jenis pengembara. 

Pelbagai sukan air dan aktiviti rekreasi seperti bungee jumping dan trekking gajah yang bakal menceriakan percutian anda. Bagi sesiapa yang menggemari spa, pulau ini menyediakan pelbagai jenis resort spa bertaraf antarabangsa sama ada untuk urutan tradisional Thailand, kecergasan dan kesihatan.

Membeli-belah dan makan-makan di Koh Samui adalah sangat menarik perhatian. Makanan bertemakan Asia-bertemu-Barat dari restoren gourmet, kedai makan jalanan tradisional Thailand hinggalah franchais seperti McDonald's dan Starbucks boleh dijumpai. Butik-butik kesenian, plaza serba moden dan pasar jalanan tempatan juga mudah didapati.

Aktiviti malam di pulau ni pula amat mengujakan. Ratusan pusat hiburan yang terletak di merata pulau ini termasuklah persembahan muzik live, parti pantai, ruang kabaret, tarian go-go dan banyak lagi boleh dinikmati pada waktu malam. 

Pulau ini juga sesuai bagi pencinta alam, budaya dan haiwan eksotik dari Asia Tenggara. Trip ke air terjun, kuil dan keramat diiringi dengan lawatan ke ladang haiwan pastinya dapat memberi pengalaman baharu untuk pengembara.


Pantai Pantai Koh Samui
Pantai Nathon
Pantai Nathon: Pusat bagi Koh Samui serta kaya dengan seni bina eksotik China serta pusat bagi pejabat-pejabat kerajaan.
Pantai Lamai
Pantai Lamai: Terkenal dengan cerun berbukit dan pantai berbatu, pekan ini wajib dikunjungi bagi pengembara yang ingin meneroka keajaiban batu Hin Ta & Hin Yai 
Pantai Chaweng
Pantai Chaweng: Juara bagi hiburan pada watu malam. Pantai terpanjang dan paling terkenal di Koh Samui ini mampu menyediakan pelbagai kemudahan mengikut bajet pengembara
Pantai Bophut
Pantai Bophut: Perkampungan Nelayan paling terkenal di Koh Samui dan bazaar jalanan menjual hampir semua cenderamata tempatan yang unik 
Pantai Maenam
Pantai Maenam: Sebuah pantai yang berprivasi dan juga sesuai untuk percutian bulan madu tak kira dengan pengembara bajet atau percutian mewah 5 bintang
 Pantai Choengman
Pantai Choengmon: Pantai terbaik untuk merehatkan badan dengan atmosferanya yang tenang. Terkenal juga untuk percutian bulan madu untuk pasangan
Pantai Taling Ngam
Pantai Taling Ngam: salah satu kawasan penanaman pokok getah dan kaya dengan pemandangan alam yang memukau

Hotel
Kepebagaian dalam khidmat penempatan di Koh Samui berbeza-beza, dari hotel butik hinggalah ke resort bertaraf 5 bintang. Setiap satu datang dengan tawaran yang unik, stail yang berbeza dan reka bentuk untuk menarik untuk para pengembara.

Akaryn Hotel
Hanuman Bay
Tel: +66 2514 8112
www.akaryn.com
Di Akaryn Samui, kemewahan berada ditangan anda. Terletak di Pantai Hanuman Bay yang memukau pandangan dengan pantainya yang bersih dan airnya yang jernih, Akaryn Samui menawarkan 51 suite dan villa berhadapan pantai serta taman rekreasi yang menyegarkan.
W Retreat Koh Samui
Tambol Maenam
Tel: +66 7791 5999
www.wretreatkohsamui.com
Setiap langkah di W Retreat Koh Samui seakan-akan dibentangi karpet merah dengan layanan yang mewah. Penginap akan dimanjakan dengan alam semulajadi yang mengelilingi kawasan penginapan ini. Air terjun dan anak sungai disini menjadikan W Retreat begitu menenangkan. Kawasan ruang tamu juga menjanjikan pemandangan terbaik untuk melihat Koh Samui secara keseluruhan.
Six Senses Hideaway Samui
Bophut
Tel: +66 7724 5678
www.sixsenses.com
Six Senses Samui menawarkan villa peribadi ditengah-tengah landskap hijau emerald seiring dengan panorama Teluk Thailand, rawatan spa bertaraf antarabangsa, kulinari khas dari dapur chef-chef selebriti berserta aktiviti luar yang menyeronokkan untuk anda.
Le Meridien Koh Samui Resort & Spa
Lamai Beach
Tel: +66 7796 0888
www.lemeridienkohsamui.com
Untuk pengalaman percutian yang menakjubkan, Le Meridien adalah resort untuk anda. Berhadapan dengan Teluk Thailand, resort ini menawarkan 14 villa peribadi dan eksklusif berserta dengan laman, tempat istirehat, kolam renang air masin, serta 63 suite mewah yang dilengkapi dengan dekorasi China dan Thailand, kemudahan bertaraf dunia fan juga kolam renang peribadi.
Zazen Boutique Resort & Spa
Bo Phut Beach
Tel: +66 7742 5085
www.samuizazen.com
Tetapkan semula ritma anda dengan banglo peribadi depenuhi dengan keselesaan bertaraf dunia berhadapan dengan pantai yang memukau pandangan. Nikmati makan malam candle-lit romatik bersama yang tersayang di Zazen Restaurant untuk gabungan kulinari Timur-bertemu-Barat yang sempurna. 

LLamaééééé
sjfvhdfjhgfgh


...bersambung di Journal Koh Samui (Part II)

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images