AUSTRALIA MUSLIM TOURS!!!
11:10:00 PMwww.medina.com.au
Telefon: +61(0)292497000
Anggaran harga satu malam: Dari AUD170
Meriton Serviced Apartment - Pitt Street
www.meritonapartments.com.au
Telefon: +61(0)282637400
Anggaran harga satu malam: Dari AUD160
Quest Rosehill - Parramatta Hotel Apartment
www.questrosehill.com.au
Telefon: +61(0)296877711
www.medina.com.au
Telefon: +61(0)283969800
Anggaran harga satu malam: Dari AUD220
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
NORTHERN TERRITORY
Wilayah utara yang lebih dikenali sebagai Northern Territory (NT) ini mempunyai saiz lima kali ganda lebih besar daripada Malaysia. NT memiliki sekitar 200,000 penduduk termasuk 1,000 orang Muslim yang membentuk komuniti kecil di sini. Wilayah ini Terkenal dengan kekayaan alam dan budaya orang asli kuno. Keindahan wilayah ini tersemunyi di enam destinasi utamanya, bermula dari iklim tropika di Darwin, Ibu Kotanya, Taman Nasional Kakadu dan Katherine - tapak Warisan Dunia, pemandangan indah dari Tennant Creek ke padang pasir merah, Alice Springs dan Uluru/Ayers Rock yang terkenal di seluruh dunia.
_____TEMPAT MAKAN DAN PASAR_____
www.mindil.com.au
Telefon: +61(0)889813454
Waktu beroperasi: Mei hingga Oktober,
Khamis 5.00ptg hingga 10.00mlm,
Ahad 4.00ptg hingga 9.00mlm.
Turkish Kebab Store
Pusat membeli-belah Casuarina, Darwin, NT 0810
Nando's
Kedai T5 & T7, Darwin Central Complex, 21 Knuckey Street, Darwin, NT 0800
Telefon: +61(0)889419388
_______AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK______
Sertai pengalaman Regatta sungai kering
Regatta Henley-on-Todd ialah sebuah festival unik yang diadakan setiap Ogos di Alice Springs, Larian diadakan di bahagian sungai Todd yang kering pada musim ini. Ada perlumbaan sampan berlubang, perlumbaan tab mandi dan berakhir dengan pertempuran lori yang diubahsuai menjadi kapal perang yang bersenjatakan bom tepung dan meriam air. Festival sepanjang hari ini pasti penuh dengan kgembiraan dan keseronokan.
www.henleytodd.com.au
Telefon: +61(0)889526796
Bajet: Percuma
Sesuai Untuk: Semua Usia
Masa/musim sesuai untuk lawatan: Bulan Ogos
Menyaksikan batu terbesar di dunia
Para pelancong dan penduduk Orang Asli yang pernah melihatnya bersetuju bahawa Taman Negara Uluru-Kata Tjuta (Berarti banyak kepala) yang diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia ini merupakan pusat spiritual Australia Uluru (Ayers Rock) adalah ikon alam Australia yang berdiri megah setinggi 348 meter dengan sebahagian besar isipadunya berada di bawah permukaan tanah. Hubungan kerohanian yang kuat sering dirasakan oleh Masyarakat Uluru terhadap taman ini dan perasaan itu akan tetap dirasai walaupun selepas anda pulang.
www.environment.gov.au/parks/uluru
Telefon: +61(0)889561128
Bajet: Pas masuk ke Taman Nasioanl - AUD25 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak (Pas sah untuk 3 hari berturut-turut dan khidmat pemanduan adalah percuma)
Sesuai untuk: Semua usia
Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang setahun. Pusat kebudayaan dibuka dari 7.00pg hingga 6.00ptg setiap hari.
Saksikan budaya dan hasil seni masyarakat tertua di dunia
Taman Negara Kakadu adalah salah satu taman negara yang terbesar di dunia, berkeluasan lebih dari 19,000 kilometer persegi dan terletak sekitar 170 kilometer tenggara Darwin. Gabungan alam semulajadi dan budaya Orang Asli menjadikan Kakadu satu aset yang unik dan bernilai dalam senarai tapak Warisan Dunia. Ia juga menyimpan hasil seni batu Orang Asli terbesar di dunia.
www.kakadunationalpark.com
Telefon: +61(0)889381100
Bajet: AUD25; Percuma untuk kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah
Sesuai untuk: Semua Usia
Masa/musim sesuai untuk lawatan:
Sepanjang tahun. Pusat perlancongan Bowali dibuka dari 8.00pg hingga 5.00 ptg
______MEMBELI-BELAH______
Gedung membeli-belah Smith Street
Ia adalah pusat membeli-belah barangan runcit utama yang bermula dari Knuckey Street sehingga ke Bennet Street di Darwin. Hotel Victoria ialah sebuah hotel yang menjadi tarikan pelancongan sejak tahun 1894 dan masih berdiri kukuh walaupun sudah tiga kali dilanda badai! Terdapat 200 kedai yang menawarkan pelbagai barangan pasti mempunyai sesuatu untuk setiap orang yang berkunjung.
Smith Street Mall, 36 Smith Street, Darwin, NT 0800
Waktu beroperasi: Isnin hingga Jumaat 9.00pg hingga 5.00ptg, Sabtu 9.00 pg hingga 12.00tgh mlm, Ahad pelbagai - bergantung pada outlet
Gedung membeli-belah Todd Street
Terletak di tengah-tengah Alice Springs dan menawarkan pelbagai pilihan kraftangan, hasil seni Orang Asli, barang kemas, pakaian dan barang-barang hiasan.
www.toddmallmarkets.com.au
______________PENGINAPAN____________
Mantra Esplanade
88 The Esplanade, Darwin, NT 0800
www.mantra.com.au
Telefon: +61(0)889434333
Anggaran harga satu malam: Dari AUD135
www.darwincentral.com.au
Telefon: +61(0)889449000
Anggaran harga satu malam: Dari AUD85
Crowne Plaza Alice Springs
82 Barrette Drive, Alice Springs, NT 0870
www.crowneplaza.com
Telefon: +61(0)889508000
Anggaran harga satu malam: Dari AUD140
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
QUEENSLAND
309 Nursery Road, Holland Park, QLD 4121
www.hpmosque.org.au
Masjid Gold Coast
Pada awal 1930-an, keluarga Muslim pertama telah tiba dan menetap di Gold Coast. Sejajar dengan perkembangan jumlah penduduk Muslim, Persatuan Masyarakat Islam Gold Coast dibentuk pada tahun 1983 dan memerlukan pusat operasi. Oleh itu, pembinaan tapak Masjid Gold Coast telah dimulakan pada 15 Disember 1992 dan pembinaan selesai pada jun 1996.
2 Allied Drive, Arundel, QLD 4214
www.goldcoastislam.com.au
Masjid West End
12-14 Princhester Street, West End, QLD 4101 (lebih kurang 11 mint perjalanan dengan kereta dari Bandar Brisbane)
Darul Uloom Islamic Academy
6 Agnes Street, Woolloongabba (berdekatan Buranda), QLD 4102 (lebih kurang 11 minit perjalanan dengan kereta dari bandar Brisbane)
________TEMPAT MAKAN DAN PASAR_________
Billabong Restaurant - Dreamworld
Dreamworld Parkway, Coomera, QLD 4209
www.dreamworld.com.au/Visitor-information/Dining
Telefon: +61(0)755881111
Oberoi's Taj (India)
6/88 Surf Parade, Broadbeach, QLD 4218
www.oberoistaj.com.au
Telefon: +61(0)755383478
Golden Legends Malaysian Seafood Restaurant
3041 Surfer Paradise Boulevard, Surfer Paradise, QLD 4217
Telefon: +61(0)755046398
Rick's Cafe - Warner Bros
Pacific Highway, Oxenford, QLD 4210
Telefon: +61(0)755733999
Ispa Kebab Cafe - Harbour Town
_________AKTIVITI - AKTIVITI MENARIK________
Menikmati malam di atas terumbu karang terbesar di dunia
Great Barrier Reef merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia yang boleh diakses dari Cairns. Pengunjung boleh menyelam atau berskuba untuk menikmati keindahan hidupan marin; berlayar di antara pulau Whitsunday yang indah; ataupun menikmati penerbangan romantis dan menikmati permandangan dari atas Heart Reef iaitu pembentukan semulajadi terumbu karang yang kelihatan berbentuk hati. Setelah penat dengan aktiviti di siang hari, anda juga boleh tidur di atas terumbu karang ini, dengan menginap di bot pontoon dan menyaksikan matahari terbit pada keesokkan harinya.
* Pelbagai pilihan pakej pelancongan dan aktiviti boleh diperolehi dari operator berbeza; layari www.greatbarrierreef.org
* Bajet: AUD460 setiap orang untuk ruangan berempat, dari AUD260 setiap orang untuk perjalanan dengan kapal terbang laut dan AUD440 untuk helikopter
* Sesuai untuk: Semua usia, 6 tahun ke atas
* Masa/musim sesuai untuk lawatan: April hingga Januari (Februari/Mac, elakkan kerana musim hujan)
Saksikan tebing pasir berwarna dari pengembaraan pemanduan pacuan empat roda
Dari Brisbane, menuju ke Rainbow Beach, sebuah bandar di persisiran Queensland tenggara wilayah Cooloola, yang merupakan gerbang kepada daya tarikan alam semulajadi. Dengan menggunakan pacuan empat roda melalui 40 batu pantai yang sangat menakjubkan anda akan dapat menyaksikan tebing-tebing pasir berwarna. Sepanjang bulan Julai hingga Oktober, anda mungkin juga dapat melihat ikan lumba-lumba, kura-kura dan ikan paus dari rumah api.
*www.cooloolasafaris.com.au
*Telefon: +61(0)754711695
*Bajet: AUD115 (dewasa); AUD90 (kanak-kanak)
*Sesuai untuk: Semua usia
*Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun
Nikmati pengalaman pedalaman Australia
Terletak di Gold Coast hanya 20 minit pemanduan kereta ke arah utara Surfer Paradise, Australia Outback Spectacular menjanjikan pengalaman pedalaman Australia yang penuh dengan aksi hebat dilengkapi dengan kuda. Saksikan persembahan haiwan, penari dan muzik yang pastinya memukau sambil menikmati makan malam gaya Australia iaitu stik dan teh bush billy
*www.outbackspectacular.com.au
*Telefon: +61(0)755733999
*Bajet: AUD99.95 (dewasa); AUD69.95 (kanak-kanak diantara 4 hingga 13 tahun)
*Sesuai untuk: Semua usia
*Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun (kecuali Hari Krismas), 7.30ptg, Selasa hingga Ahad
Memberi makan ikan lumba-lumba Bottlenose
Setiap malam di Tangalooma Wild Dolphin Resort di Pulau Moreton, ikan lumba-lumba Bottlenose akan mendekati pantai. Ini memberi kesempatan unik kepada pengunjung untuk memberi makan ikan-ikan ini dengan tangan. Sementara anda menikmati pengalaman dan keghairahan berhadapan dengan ikan lumba-lumba yang jinak ini, anda akan ditemani ahli biologi marin untuk diberi bimbingan supaya tidak merbahaya kepada haiwan manja ini.
*www.tangalooma.com
*Bajet: AUD210 satu malam, untuk pakej Dolphin Adventure, AUD165 (Dewasa) dan AUD120 (kanak-kanak). Untuk pelayaran sambil memberi makan ikan lumba-lumba, AUD90 (dewasa) dan AUD50 (kanak-kanak di antara 3 hingga 14 tahun)
*Sesuai untuk: Semua usia
*Masa/musim sesuai untuk lawatan; Sepanjang tahun, waktu memberi makan 6.00ptg (musim sejuk) dan 7.30ptg (musim panas)
_______MEMBELI-BELAH_______
Gedung membeli-belah Queen Street
Terletak antara Jalan George dan Edawrad, pusat membeli-belah Queen Street berjajar sepanjang satu kilometer setengah melalui dua blok bandar. Dengan lima pusat membeli-belah utama, dua pasaraya, empat arked yang mempunyai pelbagai pusat perbelanjaan lain di sepanjang jalan-jalan masa berbelanja dengan sepuas-puasnya, di pusat membeli-belah Queen Street.
*Level 12, 15 Adelaide Street, Brisbane, QLD 4000
*www.queenstreetmall.com
*Telefon: +61(0)730066200
*Waktu beroperasi: |Isnin hingga khamis 9.30pg hingga 6.00ptg| Jumaat 9.30pg hingga 9.00mlm| Sabtu 9.00pg hingga 5.00ptg| Ahad 10.00pg hingga 5.00ptg|
Pasar gaya hidup di South Bank
Setiap petang Jumaat dan sepanjang hari Sabtu dan Ahad, suasana di daerah South Bank akan berubah menjadi sangat ceriah dan hidup dengan adanya pasar gaya hidup ini. Ada pesra makanan, pelbagai jualan barangan hadiah atau koleksi dan juga hiburan malam di pusat bandar Brisbane.
*Stanley Street Plaza, South Bank, QLD 4101
*www.southbankmarket.com.au
*Telefon: +61(0)738442440
*Waktu beroperasi: JUmmat 5.00ptg hingga 10.00mlm, Sabtu 10.00pg hingga 5.00ptg, Ahad 9.00pg hingga 5.00ptg
Pasar Tani
Untuk mendapatkan produk segar, makanan laut, coklat buatan tangan dan lain-lain, kunjungilah pasar tani yan menyenankan di daerah Brisbane's New Farm.
*Brisbane Powerhouse, Lamington Street, New Farm, QLD 4005
*Waktu beroperasi: Sabtu kedua dan keempat setiap bulan, 6.00pg hingga 11.30pg
Pusat membeli-belah Pacific Fair
Pusat memberli-belah Pacific Fair yang terletak 5 minit dari Surfer Paradise merupakan salah satu pasaraya terbesar di Queensland.
*Hooker Boulevard, Broadbeach, QLD 4218
*www.pacificfair.com.au
*Telefon: +61(0)755815100
*Waktu beroperasi: Isnin hingga Rabu dan Jumaat hingga Sabtu 9.00pg hingga 5.30ptg, Khamis 9.00pg hingga 9.00mlm, Ahad 9.00pg hingga 5.00ptg
www.thehotelcairns.com
Telefon: +61(0)74056188
Anggaran harga satu malam: Dari AUD165
Novotel Cairns Oasis Resort
www.novotelcairnsresort.com.au
Telefon: +61(0)740801888
Anggaran harga satu malam: Dari AUD114
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
TASMANIA
www.cradlemountainlodge.com.au
www.mcdermotts.com.au
Bajet: Layari website untuk maklumat lanjut
Sesuai untuk: semua usia
Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun
Lawati pantai yang tersenarai dalam sepuluh pantai terhebat di dunia
www.wineglassbay.com
Bajet: Layari website untuk maklumat lanjut
Sesuai untuk: Semua usia
Masa/musim sesuai untuk lawatan: September hingga jun
www.launcestoncataractgorge.com.au
Telefon: +61(0)363315915
BajetL Satu perjalanan AUD10 (dewasa), AUD7 (kanak-kanak)
Sesuai untuk: Semua usia
Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun
_______MEMBELI-BELAH______
Waktu beroperasi: Isnin, Rabu dan Sabtu 9:30pg hingga 6:00ptg, Khamis dan Jumaat 930pg hingga 900mlm, Ahad 930pg hingga 400/500 ptg
Salamanca Market
Murray Street, Hobart, TAS 7000
www.centro.com.au/CatAndFiddle
Telefon: +61(0)362312088
Waktu beroperasi: Isnin hingga Jumaat 900pg hingga 600ptg, Sabtu 900pg hingga 500ptg, Ahad dan hari cuti umum 1000pg hingga 4.00ptg
_____________PENGINAPAN____________
Rangkaian hotel dan apartment Innkeepers menyediakan pelbagai pilihan yang pasti sesuai untuk setiap orang ingin mengunjungi Tasmania. Anda boleh memilih untuk tinggal di daerah hutan berlantara, pusat warisan ataupun pusat bandar yang pesat. Layari www.innkeeper.com.au untuk maklumat lanjut.
Islington Hotel
321 Davey Street, Hobart, TAS
www.Islingstreet.com
Telefon: +61(0)362202123
Anggaran harga satu malam: Dari AUD300
www.thehenryjones.com
Telefon:+61(0)362107700
Anggaran harga satu malam: AUD300
www.ghihotels.com
Telefon: +61(0)362354535
Anggaran harga satu malam: Dari AUD195
Hotel Grand Chancellor Launceston
www.ghihotels.com
Telefon: +61(0)363343434
Anggaran harga satu malam: Dari AUD110
Hari ini, Victoria mempunyai sekitar 5 juta penduduk, dengan lebih 100,000 Muslim dari Bosnia, Turki, Arab, dan Albania yang menyumbang kepada 32 peratus Muslim Australia. 70 peratus penduduknya tinggal di ibu kota Melbourne. Melbourne terkenal dengan hasil kesenian dan gaya hidup bandar yang bergaya dengan sentuhan Eropah. Dipenuhi dengan kafe jalanan, bangunan-bangunan warisan yang telah diubah menjadi pusat membeli-belah ataupun acara-acara gaya hidup yang pelbagai daripada pahlawan sukan hingga ke seni persembahan. Bahkan, Melbourne adalah rumah bagi galeri seni terbesar (National Gallery of Victoria) dan stadium terbesar (Melbourne Cricket Ground) Australia. Pelancong Muslim pasti akan senang dengan pelbagai pilihan tempat-tempat makan yang disahkan halal oleh pihak berkuasa dan restoran-restoran Muslim yang terdapat di Melbourne.
___________MASJID__________
Masjid Coburg (Masjid Fatih)
Untuk memenuhi keperluan asas komuniti Muslim di Coburg, Masjid Fatih dibina pada tahun 1976. Kegiatan yang dianjurkan tidak mendiskriminasi mana-mana etnik, usia, agama sesiapa sahaja yang ingin berkumpul adalah sangat dialu-alukan, Muslim mahupun bukan Muslim.
31 Nicholson Street, Coburg, VIC 3243
Masjid Geelong
Bagi mereka yang baru di Victoria, pasti agak sukar untuk mencari masjid ini kerana seni binanya merupai gereja. Malah, ia memang sebuah gereja pada 200-250 tahun yang lalu! Namun bangunan ini masih dipelihara dengan baik.
45-47 Bostock Avenue, Manifold Heights, VIC 3218
_____________TEMPAT MAKAN____________
Abduls Halal Takeaway Food
22 Elizabeth Street, Melbourne, VIC 3000
Telefon: +61(0) 393543506
Little Malaysia
26 Liverpool Street, Melbourne, VIC 3000
Telefon: +61(0) 396621678
Gaylord Indian Restaurant
4 Tettersalls Lane, Little Bourke Street, Melbourne, VIC 3000
www.gaylordindianrestaurant.com.au
Telefon: +61(0)396633980
Nelayan Indonesian Restaurant
265 Swanston Street, Melbourne, VIC 3000
Telefon: +61(0)396635886
Abla's Lebanese Restaurant
109 Elgin Street, Melbourne, VIC 3053 (lebih kurang 8mnt naik kereta dari Bandar Melbourne)
www.ablas.com.au
Telefon: +61(0)393470006
Sawasdee Thai
1st Floor, 139 Little Bourke Street, Melbourne, VIC 3000
www.sawasdee.com.au
Telefon: +61(0)396631388
_______AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK_______
Saksikan Penguin Berbaris
Philip Island Nature Park terletak hanya 90 minit dari Melbourne, dan ia adalah taman pemuliharaan yang menawarkan pemandangan pantai yang mempersonakan dan himpunan pelbagai hidupan liar paling popular di Australia iaitu burung Penguin. Setiap hari ketika matahari terbenam haiwan-haiwan kecil dan comel ini akan kembali ke rumah mereka - suatu pemandangan yang hebat.
*www.penguins.org.au
*Telefon: +61(0)359512878 / 59512800
*Bajet: AUD20.60 (dewasa); AUD10.30 kanak-kanak (di antara 4 hingga 15 tahun);
AUD51.50 (keluarga)
*Sesuai untuk: Semua usia
*Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun. Waktu melihat penguin adalah berbeza-beza sepanjang tahun, umumnya dari 4.00ptg hingga 8.00mlm
Berjalan/Memandu di Persisiran Pantai Great Ocean Road
Berada 3 jam dari Melbourne, The Great Ocean Road bermula dari Torquay hingga ke warrnambool, sepanjang 260 kilometer. Ia dibina oleh tentera-tentera Australia yang kembali dari Perang Dunia Pertama untuk memperingati teman-teman mereka yang telah gugur di medan perang. Terdapat pembentukan batu-batuan besar di sepanjang jalan ini yang menjadikan ia tarkan pelancongan. Ia juga dikenali sebagai "Twelve Apostles". Anda boleh memandu menyusuri jalan ini sambil mengagumi persisiran pantai Victoria ataupun anda boleh menyertai kumpulan pelancongan berjalan kaki melalu pantai, hutan tebal dan tebing laut Australia yang tertinggi.
www.greatoceanwalk.com.au
Telefon: +61(0)352755797
Sesuai untuk: Dewasa
Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun.
Saksikan kilauan emas di Australia
Kunjungi Ballarat, yang terletak 1.5 jam perjalanan dari Melbourne, dan lawati Bukit Sovereign, sebuah muzium terbuka yang merupakan replika sebuah bandar lombong emas Australia tahun 1850-an. Anda boleh mencuba tuah anda dengan mendulang emas atau menyertai pakej "Night at the Museum". Anda boleh tinggal di ruang penginapan khusus dalam muzium ini dan dapat merasai pengalaman kehidupan romantis bangsawan di lombong-lombong emas zaman 1850-an.
www.sovereignhill.com.au
Telefon: +61(0)35337110
Bajet: Dari AUD39.50 (dewasa); AUD18 kanak-kanak
Sesuai untuk: Semua usia
Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun (kecuali krismas) 10pg hingga 5ptg
Dekati anjing laut berbulu Australia
Satu lagi pengalaman yang hebat di Pulau Philip ialah menyaksikan pembiakan koloni anjing laut berbulu Australia. Anjing laut ini boleh membesar sehingga 2.2 meter dengan berat sebanyak 360 kilogram. Anda akan dibawa menghampiri mereka dengan sebuah kapal pesiar. Di situ anda boleh melihat mereka berehat dan bermain di alam persekitaran mereka. Kadangkala mereka akan menghampiri kapal seperti memperkenalkan diri.
www.wildlifecoastcruises.com.au
Telefon: 1300763739 (talian bebas tol - tempatan)
bajet: AUD67 (dewasa); AUD45 (kanak-kanak)
Sesuai untuk: Semua usia
Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun (Siang: kapal berlepas dua kali sehari, 5 April hingga 4 oktober 2ptg pada setiap hari kecuali hari khamis dan selasa; kapal tidak beroperasi pada 6 hingga 21 Ogos dan 6 hingga 13 September)
Menaiki rangkaian trem terbesar di dunia
Trem adalah kaedah pengangkutan utama di Melbourne. Sejak diperkenalkan pada tahun 1865, trem telah menjadi sebahagian daripada imej Melbourne. Sekarang, dengan sekitar 249 kilometer rel berganda dan lebih dari 1770 hentian trem, rangkaian trem ini adalah terbesar di dunia. Ia akan memberikan anda peluang menerokai pemandangan bandar dan pinggiran bandar seperti di Richmond, St Kilda dan Yarra Selatan. Paling menarik, perkhidmatan trem di City Circle adalah percuma.
www.visitmelbourne.com
Bajet: City Circle Tram - Percuma, MET tiket - AUD6.5 (dewasa) untuk Zon A; tiada had untuk semua perjalanan dalam zon yang sama sepanjang hari
Terokai Gunung Buller
Di pelusuk dunia mana lagi akan anda berpeluang untuk bermain ski ataupun meluncur salji yang juga dikenali sebagai Wombat? Gunung Buller mampu menarik perhatian ramai peminat luncur salji kerana terdapat pelbagai tahap cabaran di setiap lereng gunung ini. Ia sesuai untuk mereka yang masih amatur hinggalah yang telah mahir dan mahukan pengalaman yang lebih mencabar. Bahkan bagi yang tidak berminat meluncur cerun salji dengan tiub getah gergasi dan tobogganing yang pasti menyeronokkan. Anda akan sedar bahawa anda masih berada di Australia ketika melihat banyak pokok-pokok Eucalyptus yang tumbuh di persekitaran gunung.
www.mtbuller.com.au
Telefon: +61(0)357776077
Bajet: Layari laman web untuk maklumat lanjut
Sesuai untuk: semua usia
Masa/musim untuk lawatan: Sepanjang tahun
_______MEMBELI - BELAH_______
Melbourne Central
Melbourne Central telah mengalami evolusi yang menarik. Lawati hampir 300 kedai yang dibuka di gedung membeli-belah yang moden dan baru terletak betul-betul di pusat Melbourne Central Business District (CBD). Menawarkan pelbagai jenis pakaian berjenama, street wear, peralatan rumah, perhiasan dan tempat-tempat makan.
La Trobe Street, Melbourne, VIC 3000
www.melbournecentral.com.au
Telefon: +61(0)399221100
Waktu beroperasi: Isnin hingga Khamis & Sabtu: 10pg hingga 6ptg, Jumaat 10pg hingga 9mlm, Ahad 10pg hingga 5ptg
QV
QV adalah pusat membeli-belah terbaru di Melbourne. Untuk peminat fesyen, QV adalah gabungan dinamik fesyen dan hidup berjenama. Terdapat pelbagai pilihan tempat makan di sini termasuk sebuah kafe yang dimiliki oleh warga Malaysia. Di sini juga ada rangkaian pasaraya yang lengkap.
3 Albert Coates Lane, Melbourne, VIC 3000
www.qv.com.au
Telefon: +61(0)396580100
Waktu beroperasi: Isnin hingga Rabu, Sabtu 10pg hingga 6ptg, Khamis 10pg hingga 7mlm, Jumaat 10pg hingga 9mlm, Ahad 10pg hingga 5ptg
Queen Victoria Market
Semuanya ada di sini termasuk buah-buahan dan sayuran, produk-produk segar bahan makanan, pakaian, tanaman dan haiwan peliharaan. Berkeluasan 7 hektar dengan sekitar 1000 peniaga, ia terkenal kerana suasananya yang cerah dan menyamankan. Penubuhannya pada tahun 1857 dan hampir keseluruhan bangunan itu telah diklasifikasikan sebagai National Trust. Heritage Tour akan memberikan anda pengalaman pengembaraan ke 125 tahun dahulu dan Foodies Tour pasti akan menggoda deria rasa anda.
513 Elizabeth Street, Melbourne, VIC 3000
www.qvm.com.au
Telefon: +61(0)393205822
Hari Pasar Beroperasi: Selesa dan Khamis 6pg hingga 2ptg, Jumaat 6pg hingga 6ptg, Sabtu 6pg hingga 3ptg, Ahad 9pg hingga 4ptg; Secara umumnya ia tutup pada jam 4ptg
______PENGINAPAN______
Mecure Hotel Welcome Melbourne
265-281 Little Bourke Street, Melbourne VIC 3000
www.accorhotels.com
Telefon: +61(0)396146344
Anggaran harga satu malam: Dari AUD140
Quality Batman's Hill on Collins
623 Collins Street, Melbourne, VIC 3000
www.batmanshill.com.au
Telefon: +61(0)396146344
Anggaran harga satu malam: Dari AUD100
______APARTMENT______
Oaks Apartments di Pusat Perniagaan Bandar Melbourne
Oaks On Market, Oaks Collins, Oaks on Lonsdale
www.theoaksgroup.com.au
Anggaran harga satu malam: Dari AUD99
Citadine On Bourke Street, Melbourne VIC 3000
131-135 Bourke Street, Melbourne, VIC 3000
www.citadines.com/en/australia/melbourne/bourke.html
Telefon: 1800766377
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
WESTERN AUSTRALIA
Australia Barat atau lebih dikenali sebagai Western Australia (WA) ialah negeri terbesar di Australiayang meliputi hampir sepertiga dari tanah besar Australia dan mencakupi 12,500 kilometer pesisiran pantai. Terdapat hampir 2.1 juta penduduk di WA dan 24,200 dariadanya adalah Muslim, dimana 75 peratus daripada mereka tinggal di bandar Perth
Perth adalah bandar Australia yang paling mirip dengan Malaysia. Ia merupakan bandar pelbagai budaya yang mempunyai lebih dari 200 warganegara yang berbeza, 270 bahasa pertuturan dan 100 kepercayaan agama. Oleh itu, makanan halal amat mudah untuk didapati. Dengan kelebihan cuacanya, masyarakat di Perth mengamalkan gaya hidup luar dan budaya pantai. Selain daripada Perth, terdapat banyak daerah yang menawarkan pelbagai pemandangan alam dan penemuan menarik dengan flora dan fauna di WA. Musim bunga adalah waktu paling tepat untuk melawat WA, anda boleh menikmati keindahan jutaan bunga liar yang hidup subur dan hanya terdapat di sini.
______MASJID______
Masjid Katanning
Pada tahun 1974, umat Islam dari Pulau Krismas dan Pulau Coco mula berhijrah ke Katanning. Maka lahirlah masyarakat Islam Katanning dan sejak itu, jumlah umat Islam terus berkembang. Pada tahun 1980, Masjid Katanning telah dibina sesuai dengan keperluan masyarakat Islam setempat yang memerlukan tempat beribadatdan berkumpul. Setiap minggu ketiga pada bulan Februari, masyarakat Islam Katanning akan mengambil bahagian dalam festival masyarakat majmuk dan memperagakan pelbagai kostum berwarna-warni.
Warren Road, Katanning, WA 6317
Masjid Perth
427-429 William Street, Perth, WA 6000
Musola Perth City
Room 32, level 2, Trinity Arcade, Perth, WA 6000
Musola Edith Cowan University (ECU)
2 Bradford Street, Mount Lawley, WA 6050 (lebih kurang 10 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Perth.
Musola University of Western Australia
Eastern-Side Winthrop Hall, University of Western Australia, 35 Stirling Highway, Crawley, WA 6009 (lebih kurang 11 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Perth)
Masjid dan Majlis Agama Islam WA
7 Malvern Road, Rivervale, WA 6130 (lebih kurang 12 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Perth)
_____TEMPAT MAKAN DAN PASAR_____
www.members.westnet.com.au/mahsuri_satay/
Telefon: +61(0)893625062
Oleh Oleh Halal Cafe (Indonesia)
Telefon: +61(0)893251747
Indonesia Indah
Telefon: +61(0)892213970
Telefon: +61(0)892270121
www.margaretriver.com/pages/jewel-cave
Telefon: +61(0)897577411
Bajet: AUD19.50 (dewasa), AUD10 (kanak-kanak)
Sesuai untuk: Semua usia
Masa/musim sesuai untuk lawatan; Sepanjang tahun
Melawat pameran jongkong emas terbesar di dunia
Perth Mint dibuka pada 20 jun 1899 dan sejak pembukaannya ia merupakan satu-satunya pusat penempaan emas tertua di dunia yang masih beroperasi dari premis asalnya. Merupakan cawangan kepada London's Royal Mint, Perth Mint pada awalnya ditubuhkan untuk memperbaiki serta menghasilkan emas dan wang emas yang digunakan oleh koloni inggeris sebagai mata wang. Koleksi jongkong emas terbesar di dunia boleh dilihat sendiri oleh pengunjung di Perth Mint. Di sini pengunjung juga boleh menempa dan mengukir sendiri pingat peribadi, melihat proses menempa emas batangan, mendapat nilai emas dari berat sendiri dan membeli cenderahati yang bernilai.
www.perthmint.com.au
Telefon: +61(0)894217223
Bajet: AUD15 (dewasa); AUD5 (kanak-kanak)
Sesuai untuk: Semua usia
Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun
Saksikan koleksi bunga liar terbesar di dunia
Banksias, grevilleas, kangaroo paws, milkmaids, honeypots, mountain bells......
Saksikan landskap atau ladang menhijau yang hidup subur berwarna-warni dan beraroma segar di Western Australia (WA) - terdapat lebih daripada 12,000 spesis bunga liar dan merupakan koleksi terbesar di dunia. Lebih 60 peratus daripadanya hanya boleh ditemui di WA dan anda boleh menikmati pelbagai pilihan yang berbeza serentak. Anda boleh sertai pakej percutian bunga liar (Wildflower Tours), mahupun menjelajah sendiri King's Park dan Taman Botanikal yang menyimpan sekitar 2,000 spesis bunga-bunga liar.
www.wildflowerswa.com
Sesuai untuk: Semua usia
Masa/musim untuk lawatan: Jun/Julai di Utara dan September di Selatan
Meluncur di Ombak Granit (Wave Rock)
Wave Rock merupakan sebuanh tebing granit yang berbentuk seperti ombak yang terhasil dari keadaan cuaca, pelapukan dan hakisan air selama jutaan tahun, sekitar 60 juta tahun dahulu. Ia berketinggian 15 meter dan 110 meter panjang serta kelihatan seperti ombak tsunami besar yang telah dibekukan. Anda juga hampir boleh merasakan kekuatan ombak granit itu seakan-akan bakal menghemap anda. Terletak berhampiran dengan bandar kecil Hyden, perjalanan mengambil masa 4 jam dari Perth. Wave Rock menawarkan kedamaian dan ketenangan yang tidak dapat anda perolehi di bandar-bandar lain.
www.waverock.com.au
Telefon: +61(0)898805022
Bajet: Dari AUD189
Sesuai untuk: Semua usia
Masa/musim yang sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun
Berkelah di taman dalam bandar terbesar di dunia
Meliputi 400 hektar tanah, King's park dan Taman Botanikal adalah taman terbesar di dunia yang terletak di dalam bandar. Terletak hanya 1.5KM dari pusat perniagaan Perth, taman ini megah dengan pelbagai koleksi bungaan yang cantik, lokasi rekreasi yang luas dan permandangan indah Sungai Swan dan Sungai Canning. Jangan lepaskan peluang menyertai festival taman in sepanjang musim bunga iaitu dari bulan September hingga Oktober.
www.bgpa.wa.gov.au
Telefon:61(0)894803600
Sesuai untuk: Semua usia
Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun
_____MEMBELI-BELAH_____
Fremantle Markets
Frematle Markets, South Terrace, Fremantle, WA 6160
www.fremantlemarkets.com.au
Telefon: +61(0)893352515
Waktu beroperasi: Jumaat 10pg hingga 8mlm, Sabtu dan Ahad 10pg hingga 6ptg, Isnin dan hari cuti umum 10pg hingga 6ptg
Centro Galleria
Di persimpangan Collier Road dan Walter Road, Morley, Perth, WA 6062
www.centro.com.au/galleria
Telefon: +61(0)893753228
Waktu Beroperasi: Isnin hingga Rabu dan Jumaat 9pg hingga 5.30ptg, Khamis 9pg hingga 9mlm, Sabtu 9pg hingga 5ptg.
Murray Street Mall
Waktu beroperasi: Isnin hingga Kahmis dan Sabtu 9pg hingga 5ptg, Jumaat 9pg hingga 9mlm, Ahad 11pg hingga 5ptg,
______PENGINAPAN______
www.westend.property.questwa.com.au
Anggaran harga satu malam: Dari AUD265
City Waters Perth
118 Terrace Road, Perth, WA 6000
www.citywaters.com.au
Telefon: +61(0)893251566
Anggaran harga satu malam: Dari AUD110
www.mounts-bay.com.au
Telefon: +61(0)892135333
Anggaran harga satu malam: Dari AUD250
Mont Clare Apartments
www.montclareapartments.com
Telefon: +61(0)892244300
Anggaran harga satu malam: Dari AUD170
Esplanade River Suites
www.esplanaderiversuites.com.au
Telefon: +61(0)893670300
Anggaran harga satu malam: Dari AUD150
Esplanade Hotel Fremantle
www.esplanadehotelfremantle.com.au
Telefon: +61(0)894324000
Anggaran harga satu malam: Dari AUD235
_______________________________________________________________
South Australia merupakan daratan yang berkeluasan lebih dari 900,000 kilometer persegi yang menyediakan ruang yang cukup besar untuk menyimpan pelbagai warisan dan tarikan alam yang mengagumkan. Terdapat pelbagai destinasi percutian yang istimewa di wilayah ini, daripada unsur elegan, bangunan kolonial dan persisiran pantai berpasir putih bersih, hingga ke ladang-ladang pertanian yang indah serta kawasan pedalaman yang hebat seperti Flinders Ranges. South Australia pasti boleh memberikan kesempatan yang tidak terbatas untuk mereka yang ingin beristirehat atau mengembara. Orang Eropah pertama yang menemui South Australia pada tahun 1627 ialah Kapten Francois Thijssen Daripada sebuah kapal Belanda, Gulden Zepaert, yang sedang menjelejah perairan Australia. Islam dibawa ke Australia pada tahun 1865 oleh seorang yang berjaya iaitu Thomas Elder yang membawa pemandu unta Muslim. Sekarang terdapat lebih 10,000 Muslim menetap di South Australia, iaitu 3 peratus penduduk Muslim di Australia.
Adelaide merupakan ibu negeri South Australia dan sebuah ibu negeri seni yang mengajurkan banyak festival, muzik sebagai gaya hidup aktif, kemudahan media dan teater, serta senibina yang menakjubkan. Dengan iklim Mediterranean yang suhat, Adelaide menerima sinaran matahri selama 2,500 jam setiap tahun. Oleh itu pelbagai aktiviti luar boleh dijalankan sepanjang tahun.
_______MASJID_______
Masjid Sentral Adelaide
Masjid Negeri Adelaide dibina pada tahun 1888 dan telah berdiri lebih daripada 120 tahun. Ia merupakan masjid tertua dan terbesar di Australia yang terletak di tengah-tengah bandar. Pembinaan masjid ini dipengaruhi oleh pengembala unta Afghanistan yang dibawa ke sini oleh perniagaan iaitu Thomas Elder, untuk menjaga unta-untanya. Pengunjung masjid ini pasti terkejut kerana suasana di dalamnya sangat tenang dan nyaman dengan hiasan dalamannya yang berasaskan kayu.
Central Adelaide Mosque, 20 little Gilbert Street, Adelaide, SA 5000
Masjid Gilles Plains
52 Wandana Avenue, Gilles Plains, SA 5086
Masjid Al-Khalil, Woodvilla
Dipersimpangan Audley Street dan Torrens Road, Woodlvilla SA 5012
Masjid Park Holme
658 Marion Road, Park Homl SA 5043
_____TEMPAT MAKAN DAN PASAR_____
Moroccan Casbah Restaurant
40A Unley Road, Unley, SA 5061
Telefon: +61(0)883573199
Pondok Bali (Indonesia)
310 Pulteney Street, Adelaide, SA 5000
Telefon: +61(0)882320588
Sofra Kebab House
West Terrace Plaza, Shop 3/60 West Terrace, Adelaide, SA 5000
Telefon: +61(0)882121105
The Ghan Kebab House (Turki)
366 Prospect Road, Kilburn, SA 5084
Telefon: +61(0)882624042
Naan Tandoori (India)
12b Southern Cross Arcade, 52 King William Street, Adelaide, SA 5000
Al Raya Grocery Store
2/175 Henley Beach Rd, Mile End, SA 5031
Telefon: +61(0)882340733
Central Market Meat
Shop 46, Victoria Square Arcade, SA 5000
Telefon: +61(0)882117728
Highway Pizza (Italy)
565 Anzac Highway, Glenelg North, SA 5045
Telefon: +61(0)882957788
Kamlas Kitchen India
City Cross, di antara Grenfell Street & Rundle Mall Adelaide, SA 5000
______AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK______
Berjalan dikalangan singa laut
Pulau Kangaroo merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi di South Australia kerana terdapat banyak hidupan liar dan keajaiban geografi yang unik. Pulau ini terletak 112 kilometer barat daya Adelaide dan meliputi 4350 kilometer persegi tanah. Ia tujuh kali lebih besar daripada Singapura, jadi anda mungkin memerlukan lebih masa untuk menerokai pulau yang indah ini. Tarikan utama pulau ini ialah Singa Laut Australia. Jadi, sertailah lawatan pantai berpandu ke Seal Bay dan Bersiar-siar bersama koloni singa laut Australia.
www.tourkangarooisland.com.au
Telefon: +61(0)885531185
Bajet: Dari AUD8 (kanak-kanak) hingga AUD75 (dewasa); Layari website untuk maklumat lanjut
Sesuai untuk: Semua asia
Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun
Naik Trem Berkuda
Bandar Victor Harbor di pantai Semenanjung Fleurieu terletak sekitar 80 kilometer di selatan bandar Adelaide dan mempunyai populasi terbesar di semenanjung itu. Victor Harbor menawarkan cuaca yang sederhana, penduduk yang ramah dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Naiki trem berkuda dua tingkat melalui jambatan kayu 630 meter di Pulau Granite. Nikmatilah permandangan indah dan anda mungkin bertemu ikan paus (bermusim) di sepanjang jalan dan penguin setelah anda tiba di pulau.
www.tourismvictorharbor.com.au
or
www.horsedrawntram.com.au
Telefon: +61(0)885510777
Bajet: AUD7 pergi balik (dewasa) AUD5
Sesuai untuk: Semua usia
Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun
Berenang dengan Bluefin Tuna
Seorang peneroka laut Britain bernama Matthew Flinders menemui Pelabuhan Lincoln pada Februari 1802 dan sejak itu, ia telah berkembang menjadi sebuah bandar terbesar di kawasan pantai barat. Sebuah pusat ikan tuna telah dibina, untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat dan berenang bersama kumpulan ikan-ikan tuna Bluefin! Pengunjung juga boleh menonton dari ruangan kaca bawah air ataupun memberi makan ikan-ikan ini.
www.adventurebaycherters.com.au
Telefon: +61(0)488428862
Bajet: AUD45 (kanak-kanak) hingga AUD225 (dewasa);
Layari website untuk maklumat lanjut
Sesuai untuk: Semua usia
Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun
____________MEMBELI-BELAH___________
Pusat Membeli-belah Rundle
Pusat membeli-belah Rundle adalah sebuah tempat perbelanjaan utama di Adelaide, dengan menampilkan lebih daripada 600 peruncit. Berkonsepkan tempat membeli-belah terbuka, ia dikatakan pusat membeli-belah terbaik di Adelaide
134 Rundle Mall, Adelaide, SA 5000
www.rundlemall.com
Telefon: +61(0)882037200
Waktu beroperasi: Isnin hingga Khamis (9pg- 5.30ptg), Jumaat (9pg - 9mlm), Sabtu (9pg - 5ptg), Ahad (11pg - 5ptg)
Glenelg SA
Glenelg adalah resort tepi laut yang sangat indah dan terletak di persisiran pantai berpasir putih Holdfast Bay dan terletak 10 minit dari Adelaide. Persisiran pantai luar bandar ini mempunyai banyak tarikan, dan terdapat lebih dari 200 kedai bagi yang ingin membeli-belah. Trem yang menghubungkan Glenelg dengan pusat kota Adelaide memudahkan sesiapa sahaja yang ingin berkunjung ke daerah ini.
Moseley Square Glenelg Foreshore
www.glenelgsa.com.au
Waktu beroperasi: Setiap hari 9pg hingga 5ptg
Plaza Tea Tree
PLaza Westfield Tea Tree mempunyai 235 kedai yang menjadikannya pusat membeli-belah kedua terbesar di Adelaide. Terletak di utara Adelaide iaitu Modbury, 30 minit dari pusat perniagaan. Ia adalah pusat membeli-belah yang mudah untuk dikunjungi kerana ia berhubung dengan kemudahan prasarana laluan bas O-Bhan yang merupakan yang terpantas dan terpanjang di dunia.
976 North East Rd, Modbury, SA 5092
http://westfield.com.au/teatreeplaza
atau www.adelaidemetro.com.au
Telefon: +61(0)882644011
Waktu beroperasi: Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat (9pg-5.30ptg), Khamis (9pg-9mlm), Sabtu (9pg-5ptg), Ahad (11pg-5ptg)
___________PENGINAPAN___________
Adelaide Sorrento Meridien
201, Anzac Highway, Plympton, Adelaide, SA 5038
www.adelaidesorrentomeridien.com.au
Telefon: +61(0)882977122
Anggaran harga satu malam: Dari AUD 135
Franklin Central Apartments
36 Franklin Street, Adelaide, SA 5000
www.franklinapartments.com.au
Telefon: +61(0)88217050
Anggaran harga satu malam: Dari AUD170
Oaks Horizon
104 North Terrace, Adelaide, SA 5000
Telefon: +61(0)882108000
Anggaran harga satu malam: Dari AUD150
Oaks Embassy
96 North Terrace, Adelaide, SA 5000
www.theoaksgroup.comau/oaks-embassy
Telefon: +61(0)881249900
Anggaran harga satu malam: Dari AUD150
0 comments