Tempat-tempat Menarik (Part 2)

3:34:00 AM

Taiwan Selatan
Yunlin, Chiayi & Tainan
1.Yunlin
Salah sebuah taman hiburan yang paling diminati di Taiwan ialah Janfusun Fancyworld. Pemandangan Huashan menyajikan landskap semula jadi yang memukau dan budaya kampung yang menarik. 
Janfusun Fancyworld

Huashan
Selain kopi, Gukeng juga tersohor dengan madu asli dan buah longan. Bahan-bahan ini sering digunakan dalam masakan serta dijadikan snek dan manisan. Madu pelbagai perisa menjadi buah tangan popular.


2. Chiayi
Terdapat tiga landasan kereta api bercerun curam di dunia, di mana salah satunya ialah Alishan Forest Railway

Alishan Forest Recreation Area merupakan hutan simpan yang memukau pandangan dipenuhi pokok ceri dan pokok gergasi sipres. Teh gunung dijadikan cenderahati yang cukup popular. Antara desert yang sangat sedap di sini ialah jeli buah ara yang menyegarkan dan tanaman Alishan yang istimewa ialah perasa makanan, wasabi yang menyerupai lobak kuda.


3.Tainan
Beberapa kubu yang boley dapat dilihat antaranya ialah  Kubu Zeelandia di Daerah Anping dan Kubu Provintia untuk bersantai dan sambil minum kopi diwaktu petang.


Kuil Confucius adalah bangunan klasik yang paling cantik di Taiwan. Pihak Jepun yang menjajah Taiwan telah meninggalkan beberapa peninggalan sejarah seperti National Museum of Taiwanese Literature dan Former Tainan Meeting Hall.


Daerah Rende ada dua buah tarikan kebudayaan iaitu Ten Drum Culture Village membuat persembahan hebat dengan kombinasi moden dan tradisi, manakala Muzium Chi Mei menampilkan koleksi Eropah seperti peralatan muzik, senjata, baju perisai, lukisan minyak dan arca.

Ten Drum Culture Village

Muzium Chi Mei

Taman Nasional Taijiang merupakan taman nasional China yang terbaru. Ia meliputi banyak tapak bersejarah tinggalan penjajah Belanda dan Koxinga, jeneral China yang menghalau mereka dari Taiwan serta kawasan-kawasan ekologi penting. 


Lagun-lagun di Daerah Qigu menjadi habitat di musim sejuk bagi spesies burung yang amat jarang didapati iaitu Black-faced Spoonbill yang cantik. Para pengunjung yang sukakan pemandangan laut, boleh menjelajah Southwest Coast National Scenic Area



Kaohsiung & Pingtung
1.Kaohsiung
Mereka yang minat menaiki bot akan menyukai Kaohsiung melalui perjalanan perlahan sambil meninjau sekitar pelabuhan dan kapal-kapal yang berlabuh. Perjalanan bermula dari True Love Dock. Terdapat ruangan sempit antara pintu masuk Pelabuhan Kaohsiung dari Dok Feri Gushan ke Pulau Qijin.

Bandar ini berselirat dengan laluan-laluan basikal yang menjangkau lebih 200 kilometer. Pengunjung juga boleh melihat pemandangan Love River dengan menyertai perjalanan bot Love Cruises yang disediakan sepanjang masa. Tiba di Teluk Xizi dengan KMRT atau bas, para pelancong boleh berjalan kaki melalui terowong pendek ke Universiti Nasional Sun Yat-sen dan terus menuju ke pantai terbaik di bandar ini.


Tempat yang paling menarik untuk membeli barangan dan bergambar ialah di Jalan Pasar Sanfengzhong yang terletak tidak jauh dari Stesen Utama Kaohsiung. Bagi para pelancong yang mahu membeli-belah dalam satu bumbung, boleh pergi ke Dream Mall, pusat membeli-belah yang sangat besar terletak di tenggara subbandar atau Sanduo Shopping District.
Dream Mall

 Sanduo Shopping District

Pasar Malam Liuhe amat disarankan kepada para pelancong. Ia tempat yang hebat untuk mendapatkan makanan ringan Taiwan, manakala pilihan antarabangsa pula ialah aiskrim Turki, masakan kari Pakistan dan makanan Jepun yang dibalut dengan rumpai laut.


2. Pingtung
Taman Nasional Kenting merupakan taman nasional yang paling popular di Taiwan. Para pelancong bertumpu di restoran-restoran dan hotel-hotel berdekatan Jalan Kending.

Pantai Nanwan sepanjang 600 meter ialah lokasi terbaik jika anda mahu berenang dalam air laut yang suam dan berseronok menunggang jet ski dan bot pisang. Batu Chuanfan yang dikatakan menyerupai wajah bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon, terdapat satu lagi pantai yang menarik.
Pantai Nanwan

Batu Chuanfan

Kenting Forest Recreation Area
 melindungi hutan hujan monsun. Di Taman Semula Jadi Sheding, anda mungkin berpeluang melihat rusa sika Formosa.

Melihat pemandangan dramatik sambil merasai tiupan angin di Rumah Api Eluanbi dan di atas cenuram-cenuram yang berderaian di Longpan.

Sebuah tempat yang patut dilawati apabila memandu ke sini, iaitu National Museum of Marine Biology and Aquarium. 


Teluk Dapeng
 menjadi tarikan hangat untuk aktiviti meluncur angin dan sukan air lain. tarikan yang paling ganjil di sini iaitu Oyster Shell Island.


Little Liuqiu
 ialah pulau kecil yang hanya persisirannya berceranggah dengan formasi batu-batan. iaitu batu besar berbentuk cendawan iaitu Vase Rock. 


Taiwan Timur
Yilan, Hualien & Taitung
1. Yilan
Taipingshan Forest Recreation Area merupakan pengkalan pembalakan lama yang dilengkapi pameran peralatan perhutanan. Para pelawat juga boleh menaiki kereta api hutan antik mempelajari tentang hutan di laluan trek dan menyaksikan lautan kepulan awan yang meliputi lembah pergunungan


Qilan Forest Recreation Area
 merupakan bekas nurseri perhutanan. Di kaki bukit terletak Jiaoxi, pusat peranginan kolam air panas yang paling maju dan popular di timur laut Taiwan dan Air Teriun Wufengqi tiga tingkat dengan tinjau astaka.


Lokasi popular lain yang berorientasikan keluarga ialah Shangrila Leisure Farm atau Ladang Santai Shangrila di altitud 250 meter dari aras laut.

Di sini berdiri Muzium Lanyang yang begitu cantik dan menakjubkan kerana seni binanya menyerupai susunan batu berbilang lapis yang timbul dari permukaan bumi akibat aktiviti tektonik di sepaniang persisiran Yilan. Kedai-kedai berorientasikan pelancongan muncul di merata tempat dan makanan yang disarankan ialah gula-gula limau kumkuat madu.


2. Hualien
Jajahan Qixingtan atau Tasik Tujuh Bintang yang berada di barat laut bandar ini, merupakan teluk melengkung yang cantik. Teluk ini menghadap Lautan Pasifik yang hijau membiru, sementara di belakangnya Qingshui Cliff, cenuram yang menggerunkan. Ia berbatu-batu panjangnya dan beribu-ribu kaki tingginya.



Gaung Taroko yang terletak di utara bandar merupakan ciptaan semula jadi yang mengagumkan sepanjang 19 kilometer.



Hualien Farglory Park yang berada di selatan Hualien, merupakan taman tema pertama  di Taiwan yang menumpukan pada ekologi marin. Kanak-kanak suka menonton pertunjukan ikan lumba-lumba dan singa laut.


3. East Rift Valley National Scenic Area 
Tasik terbesar di daerah ini, Tasik Corp (Liyu), berada di kaki pergunungan di barat daya Bandar Hualien di mana para pelawat dapat menaiki bot kayuh, menyewa basikal, menikmati makanan enak di restoran dan kafe terbuka serta berjalan-jalan santai di jalan bulatan sepanjang empat kilometer dan berkelah / berkhemah di kawasan perkelahan / perkhemahan.


Sixty Stone (Liushidan) Mountain yang terletak di tengah-tengah pergunungan persisiran berada di latitud 800 meter dari aras laut. Gunung Chike juga dikenali sebagai lautan bunga daylily yang berlenggok apabila ditiup angin kerana berada di ketinggian 900 meter dari aras laut. 


Wang Family Historic Residence ialah bangunan kayu yang mencerminkan kehidupan kelompok pekebun semasa era penerokaan di kawasan pergunungan.



Ruisui yang dibuka pada 1919, ada kolam air panas yang mengandungi logam. Inilah satu-satunya kolam air panas karbonat di Taiwan yang berwarna kekuningan sebab terkandung banyak besi. Hongye yang berada di selatan memancurkan air jernih yang beralkali dari pergunungan di Central Mountain Range. 


Antong yang berhampiran kawasan tengah lembah lurah ada hotel kolam air panas ala Jepun dan asrama gaya kontemporari.



Wuhe Tourist Tea Plantation terletak berhampiran pusat percutian Ruisui di mana separuh pengeluarannya ialah teh Oolong jeruk. Tarikan lain yang tiada kaitan dengan teh ialah monumen Tropic of Cancer.


Nan'an Visitor Center yang menampilkan pameran-pameran hebat tentang geologi taman, flora dan fauna serta subjek-subjek lain. Berdekatan tempat ini, Air Terjun Nan’an yang setinggi 50 meter dan Laluan Walami yang mudah dilalui menerusi hutan berdaun lebar.


Di lembah lurah di hujung selatan, terdapat lembah besen yang amat cantik iaitu Luye Plateau di mana ladang ini dikenali sebagai Luye Recreactional Tea Farm


4. East Coast National Scenic Area
Jalan utama menuju ke Wilayah Pemandangan Nasional Persisiran Timur  ialah Highway 11. Menuju ke selatan Hualien, semua orang boleh berhenti seketika di Shitiping iaitu kampung nelayan dan pengkalan bagi meninjau ikan paus. Di selatan Shiftiping, ada jalan merentasi Sungai Xiuguluan melalui Jambatan Changhong yang luar biasa dan hentian seterusnya Sanxiantai.



Aktiviti berakit ke hilir Sungai Xiuguluan sangat popular di bulan Jun hingga Ogos. Rafting Center dekat Ruisui selalunya padat dengan para pengunjung yang lengkap memakai helmet dan jaket keselamatan.



5. Taitung
Dulan Sugar Refinery menghasilkan karya-karya artistik dan persembahan muzik pentas seperti Xiaoyeliu yang menyerupai Yeliu Geopark di persisiran utara Taiwan. Hanya beberapa kilometer dari Xioyeluiu, pengunjung boleh melihat Green Island.



Tamadun pra-sejarah yang telah wujud beribu tahun dahulu dikenali sebagai Budaya Beinan. Kisah penemuan ekskavasi dan apa yang telah dipelaiari oleh pakar arkeologi dipamerkan di National Museum of Prehistory.


Pulau Hijau dijadikan sebagai tempat para peminat snorkel dan skuba serta pengunjung yang ingin berendam dalam kolam air panas masin.


Orchid Island (Lanyu) bermegah dengan keunikan budaya Austronesia yang masih wujud kerana kedudukan geografinya yang terpencil. Kebanyakan orang asli Puak Yami membina rumah-rumah kalis taufan secara separa dalam tanah. 



Pulau-Pulau di Luar Pesisir
Penghu, Kinmen & Matsu
1. Penghu
Bandar Magong merupakan tempat tinggal kepada separuh populasi Penghu yang berjumlah 95,000 orang. Magong dipenuhi kejiranan klasik dengan lorong-lorong lama, perigi­perigi bersejarah dan Queen of Heaven Temple atau Kuil Permaisuri Kayangan.


Jambatan Trans-Oceanic ialah 2.5 kilometer panjang dan menghubungkon pulau-pulau di Baisho, di mana para pengunjung boleh pergi ke Akuarium Penghu dan Xiyu.  Di hujung jambatan di bahagian timur, anda dapat melihat kampung sepi di Tongliang.



Kampung Erkan dengan keunikan rumah-rumah setingkat yang mewah. Salah satu pantai panjang di pulau utama ialah Pantai Aimen yang mudah ditujui dari Mogong


Ciri-ciri geologi di Penghu yang luar biasa begitu ketara di beberapa lokasi termasuk Kuibishan's Geopark di Huxi. paling terserlah ialah cenuram-cenuram yang mengelilingi Pulau Tongpan.


Salah satu tapak fotogenik ialah buatan manusia iaitu Double-hearted Weir di Pulau Qimei. la merupakan perangkap ikan berombak yang dibina daripada ketulan terumbu karang dan batu basalt. Restoran-restoran makanan laut boleh didapati di sini.


2.Kinmen
Taman Nasional Kinmen ialah taman yang mengkagumkan kerana mengekalkan ciri-ciri keistimewaan di gugusan pulaunya. Disarankan menjelajah kawasan ini dengan basikal sewa.


Kinmen Folk Culture Village ialah muzium terbuka di sekeliling halaman rumah-rumah, yang dibina sekurun lalu oleh golongan kaya.

Di dalam rumah, dipamerkan perabot-perabot dan pakaian antik. Selain itu Teleskop-teleskop dipasang di Mashan Observation Post kepada para pelancong untuk melihat keindahan Tanah Besar China yang hanya sejauh dua kilometer sahaja.



Jambatan 5.4 kilometer dari pulau utama bakal siap dibina dan akan menghubungkan Little Kinmen yang padat dengan tapak-tapak bersejarah.

3. Matsu
Matsu National Scenic Area di mana para pelancong boleh menikmati pemandangan alam semula jadi yang berceranggah, rumah-rumah klasik dan kubu-kubu yang kalis musnah apabila pulang ke rumah masing-masing


Tempat-tempat paling menyerlah ialah Terowong Beihai, gua aras laut yang digali oleh pasukan tentera yang menjadi landas mendarat bagi kapal tentera dengan selamat.

Rumah-rumah di Qinbi merupakan perkampungan yang begitu istimewa yang berdinding kepingan batu granit dan beratap genting batu yang kukuh.

Mi ikan Matsu
 cukup unik kerana mengandungi isi ikan belut dan juga ikan laut. Musim memerhati burung boleh dilihat dari bulan April hingga September.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images