Ramai orang berpendapat bahawa perkhidmatan agensi pelancongan agak mahal dan menelan kos yang lebih berbanding melancong secara sendiri atau "backpackers". Namun begitu, ramai yang tidak tahu kelebihan sebenar menggunakan perkhidmatan mereka. Di sini kami kongsikan 10 sebab mengapa perlu menggunakan perkhidmata agensi pelancongan (Travel Agency):
1. Kepakaran dan pengetahuan yang luas
Ejen Pelancongan
boleh memberikan anda tips dalaman dan nasihat, menggunakan kepakaran dan pengetahuan
yang mendalam untuk membantu merealisasi percutian impian anda. Selain itu, sesetengah
ejen pelancongan telah merasai sendiri dan mempunyai pengalaman ke lokasi
pelancongan yang diidamkan. Ini membolehkan ejen berkongsi sedikit sebanyak
informasi tentang sesuatu tempat.
2. Menjimatkan
masa
Perancangan dan
penyelidikan yang teliti diperlukan sebelum pergi melancong ke suatu tempat.
Namun begitu, kita akan membazirkan waktu yang lama untuk merancang perjalanan
sehingga memeningkan kepala. Walhal, kita boleh menyerahkan segala urusan
merancang perjalanan kepada seorang ejen pelancongan yang akan menjimatkan
sejumlah besar masa yang berharga.
3. Harga yang berbaloi
Ejen pelancongan
boleh memberikan harga yang berbaloi mengikut kepada jumlah anggaran belanjawan
pengguna. Malahan, harga yang ditawarkan juga murah dan berbaloi kepada
pengguna.
4. Keperluan yang lengkap (One stop
convenience)
Ejen pelancongan
akan sentiasa mengatur segala keperluan yang diperlukan bermula daripada
perancangan anda sehingga tamat pengembaraan anda. Tiket penerbangan, tempat
tinggal, kenderaan serta jadual perjalanan anda akan diuruskan sepenuhnya oleh
agensi pelancongan dengan teliti. Apa yang anda perlu lakukan cumalah menikmati
percutian tersebut.
5. Wakil rasmi pelancong
Jika anda
mempunyai masalah ketika dilapangan terbang atau hotel, ejen pelancongan akan
menguruskan segala permasalahan tersebut demi menjaga kepentingan anda. Oleh
yang demikian, sebagai pengguna, kita tidak perlu risau kerana ejen pelancongan
akan membalas kepercayaan yang telah diamanahkan.
6. Membantu ketika waktu kecemasan
Sekiranya
sesuatu kecemasan berlaku, anda boleh bergantung kepada mereka untuk membantu
anda. Seorang ejen pelancongan akan mencadangkan dan mengatur urusan perjalanan
alternatif, membantu anda untuk berurusan dengan apa-apa kecemasan sewaktu
perjalanan anda, dan menghubungkan anda dengan orang-orang tempatan yang betul
untuk menjawab keperluan anda.
7. Fleksibiliti
Kadangkala
perancangan yang telah dibuat akan dihalang oleh sesuatu perkara dan ini akan
memeningkan kita sebagai seorang pengguna. Akan tetapi, ejen pelancongan
bergerak secara fleksibel bagi membantu mengatur semula segala butiran
percutian pengguna
8. Jaringan kerja yang luas
Sesebuah agensi
pelancongan yang baik mempunyai jaringan kerja yang luas di dalam dan luar
negara. Oleh yang demikian, mereka mempunyai akses kepada seribu satu pilihan
yang mungkin tidak akan anda jumpa dalam mana-mana laman web.
9. Keselesaan terjamin
Agensi
pelancongan yang baik sentiasa memastikan pengguna berasa puashati dengan
perkhidmatan yang diberikan. Keselesaan pengguna adalah amat penting bagi merasai
pengalaman bercuti yang indah. Agensi pelancangon akan membantu mencari
penginapan yang selesa serta menyusun jadual perjalanan anda mengikut
kesesuaian.
10. Peluang membina hubungan yang baik
Sebagai seorang
pengguna, membina hubungan yang baik dengan agensi pelancongan adalah
kelebihan. Apabila seseorang menggunakan perkhidmatan mereka, secara tidak
langsung mereka akan mempelajari sesuatu tentang pelanggan supaya dapat
merancang percutian idaman pengguan tersebut pada masa akan datang. Pengguna
juga berkemungkinan mampu mendapat harga yang lebih rendah kerana mempunyai
hubungan yang baik dengan sesebuah agensi pelancongan.