TIPS MELANCONG KE KOREA

8:11:00 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Korang semua tengah buat apa tu ? Apa ? Nak travel ke Korea tapi kurang informasi untuk ke sana ?

Nak pergi travel ni macam macam kita kena tahu, lagi lagi yang baru first time nak travel. Tak kisahlah sama ada korang ni backpackers ke guna travel agency ke, at least kena tahu every single things persediaan untuk travel. Okay memandangkan trend sekarang ni orang ramai nak ke Korea, so here's some tips and guide bila di sana.


1. Search / Survey
 Kena tahu serba sedikit tentang South Korea ni. Korang boleh google pasal Korea untuk tahu tentang diorang punya city, transportation, tourism, attractions dan  sebagainya.

2. Currency
Kena alert dengan currency semasa untuk tahu naik turun currency negara tu dan negara kita supaya korang boleh set budget untuk ke sana.  Kalau nak tukar duit,cuba cari money changer yang murah di kawasan anda. Kepada yang suka/gila shopping tu tukar duit banyak sikit sebab takut korang tak cukup duit dan rambang mata pula bila di sana huhu.



                                               


3. Passport
Passport paling penting, kalau tak habislah korang kena label PATI !! Passport mesti lah hidup at least 6 bulan dari tarikh korang pergi. Kalau kurang dari 6 bulan tarikh tu silalah renew ya


4. Flight Ticket
Survey harga flight ticket awal awal. If nak flight yang comfortable and good services I advise you to choose Malaysia Airlines. Kalau nak flight ticket yang murah ikut budget bolehlah choose Air Asia and others airlines. For me I will choose of course lah Malaysia Airlines sebab harga dah all in with meals and luggage so no extra charges. But its up to you and depends on your budget.

5. Musim
Korea ni ada 4 musim
     Mac - Mei : Musim Bunga
     Julai - Ogos : Musim Panas
     September - November : Musim Luruh
     Dis - Februari : Musim Sejuk

Mostly, orang ramai nak pergi time musim bunga & luruh konon feeling feeling romantik macam cerita korea "Winter Sonata" yang famous tu bolehlah pergi time ni. Musim lain pun okay juga tapi terpulanglah pada diri masing masing untuk pergi time musim mana.

5. Pakaian
Pakaian yang sesuai mengikut musim dan keselesaan. Kalau korang yang jenis suka shopping, tak perlu bawa banyak baju sebab korang akan rambang mata bila sampai sana. Bawa sikit sahaja dan selebihnya terpulanglah kalau nak shopping kat sana. Kepada yang muslim kelengkapan solat jangan dilupa.

6. Makanan
Korang kena buat research dulu tentang makanan halal/restoran di Korea. Kena tahu tempat yang akan dilawati tu senang atau tidak nak jumpa restoran halal.

7. Shopping
Ada beberapa tempat yang murah untuk shopping di Korea ni antaranya ialah Namdaemun Market.



                                                     


8. Transportation
Beli T-Money jika korang selalu naik Subway. Ini kerana kalau takda T-Money,korang akan dikenakan bayaran yang maksimum so kalau ada T-Money ni boleh lah jimat sedikit. Kebanyakan pengangkutan di Korea menggunakan train dan Subway



                                                
                                              

9. Waktu solat & kiblat
Bagi yang muslim, ini sangat penting sebab waktu di negara kita dan negara lain tak sama. Beza waktu Malaysia dan Korea ialah Korea awal satu jam daripada Malaysia (GMT9+). So kena tengok waktu solat di setiap tempat yang korang lawati tu untuk memudahkan korang untuk solat. Jangan risau tentang masjid sebab kat Korea banyak masjid.


10. Apps
Download Subway Korea Apps untuk memudahkan perjalanan korang di sana jika banyak menggunakan Subway. Download Apss waktu solat untuk memudahkan korang untuk solat sewaktu disana.

11. Simcard & wifi
Di Korea ni boleh rent wifi tapi tak silap kena guna credit card. Nak beli simcard pon boleh tapi tak digalakkan sebab better kena guna wifi je. wifi senang je. merata rata ada hahaha

12. Language
Kebanyakan orang Korea tak reti cakap english dan susah sangat nak jumpa yang pandai berbahasa Inggeris sebab mereka menggunakan bahasa ibunda mereka. Agak susah juga lah nak berkomunikasi dengan mereka, terutama bila nak tawar menawar. So korang kena tahu serba sedikit bahasa ibunda Korea, Hangul. Just belajar yang basic je guna kamus pun boleh belajar sendiri


Ha amacam ? Membantu tak tips tips di atas ni. Jangan lupa klik like dan komen di bawah !

NAK LAGI SENANG AMEK PAKEJ LENGKAP JE. MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI :
http://almasyhurtravel.com/pelepasan-berkumpulan/6h5m-jelajah-korea-selatan-berkumpulan






You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images