PERSEDIAAN IBADAH UMRAH

1:19:00 AM

Antara perkara-perkara yang perlu dibuat persediaan ialah:-

1) Pemeriksaan Kesihatan
Kepada bakal jemaah 'umrah, eloklah lakukan dahulu pemeriksaan menyeluruh tubuh (General Check Up) di hospital atau klinik kesihatan untuk mengesan sebarang penyakit yang mungkin ada tanpa disedari dan bagi mengetahui keadaan kesihatan secara jelas dan lengkap supaya doktor boleh mengambil tindakan ‘preventif’ (pencegahan) lebih awal.








 2) Latih diri mendekati masjid berdekatan.

Sekiranya dahulu kita sering solat dirumah, biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid.
Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita hadir dimajlis yang dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini akan melembutkan hati kita…InsyAllah.







 3) Perbanyakkanlah Solat Sunat.

Solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud adalah bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yang banyak telah kita lakukan. Ia juga membantu kita bermunajat kepadaNya dan memohon keampunan dan taubat diatas perbuatan-perbuatan kita yang lalu dan moga-moga Allah mengampuni kita.
Juga ia adalah tempat kita memohon perlindungan agar dipermudahkan perjalanan pergi dan balik mengerjakan ibadah malah memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan.








  
4) Perbanyakkan membaca Al Quran.

Selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermunafaat kerana apabila kita berada ditanah suci selain dari ibadah umrah, pembacaan al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam al-Quran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.







  

5) Bacalah buku-buku berkenaan ‘umrah, Madinah dan Mekah.

Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut. Buku-buku seperti cara-cara mengerjakan ibadah umrah serta “Travelog Haji” tulisan Prof Muhamad Kamil Ibrahim akan membuka minda dan naluri kita sebelum kita berada ditanah suci.








 6) Buatlah Latihan Fizikal & Kecergasan.

Latihan fizikal seperti berjalan kaki sejauh purata 3 – 4 km, 2 kali seminggu adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang rata-rata akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid, melakukan tawaf serta saie (Saie dari Safa ke Marwah adalah lebih kurang 420 meter dan yang mengerjakan Saie akan berulang alik sejauh 2, 940 meter bersamaan lebihkurang 3 km). Ingatlah latihan ini adalah ikhtiar kita kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah dariNya. Latihan ini elok dimulakan 2 atau sebulan lagi keberangkatan kita ke sana.









7) Tunaikan Amanah Dan Nafkah

Mengembalikan semua amanah orang yang ada pada kita. Jika belum berkesempatan, maka perlu diwakilkan kepada seseorang agar menguruskannya jika terjadi sesuatu kepada diri kita. Di samping itu mohonlah dihalalkan daripada mereka yang pernah berurusan dengan kita.
Para jemaah yang berstatus ketua keluarga hendaklah menyediakan nafkah yang secukupnya untuk kehidupan dan keperluan keluarga serta mereka yang di bawah tanggungan mereka sepanjang berada di Tanah Suci sehingga kepulangan para jemaah ke tanah air. Pastikan juga nafkah orang yang kita tinggalkan di rumah, daripada sumber yang baik, suci dan bersih.

  






 8) Selesaikan Hutang Piutang. 

Hutang boleh mengganggu ketenangan dalam menunaikan ibadah haji. Sebelum berangkat selesaikan dulu segala hutang piutang yang telah sampai tempoh masa perjanjiannya.  Di samping itu mohonlah dihalalkan daripada mereka yang pernah berurusan dengan kita.
Beritahu kepada keluarga yang ditinggalkan sekiranya ada sebarang hutang yang tertangguh sehingga jika terjadi apa-apa terhadap diri kita, maka mereka yang ditinggalkan dapat menyelesaikannya.
  






9) Sumber Wang Halal. 

Sumber wang yang diperolehi untuk menunaikan ibadah Haji dan umrah haruslah jelas kehalalannya, bukan dari hasil subahat dan tidak juga dari wang haram. Wang untuk menunaikan Haji dan Umrah bukanlah berasal dari hasil wang rasuah, penyelewengan, penipuan dan sebagainya kerana sumber nafkah yang haram, hajinya tidak diterima oleh Allah SWT.



Wallahu'alam.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images