Taiwan Selatan
Yunlin,
Chiayi & Tainan
1.Yunlin
Salah
sebuah taman hiburan yang paling diminati di Taiwan ialah Janfusun
Fancyworld. Pemandangan Huashan menyajikan landskap semula
jadi yang memukau dan budaya kampung yang menarik.
Selain kopi, Gukeng juga
tersohor dengan madu asli dan buah longan. Bahan-bahan ini sering digunakan
dalam masakan serta dijadikan snek dan manisan. Madu pelbagai perisa menjadi
buah tangan popular.
2. Chiayi
Terdapat
tiga landasan kereta api bercerun curam di dunia, di mana salah satunya
ialah Alishan Forest Railway.
Alishan Forest Recreation Area merupakan hutan simpan yang
memukau pandangan dipenuhi pokok ceri dan pokok gergasi sipres. Teh
gunung dijadikan cenderahati yang cukup popular. Antara
desert yang sangat sedap di sini ialah jeli buah ara yang
menyegarkan dan tanaman Alishan yang istimewa ialah perasa makanan, wasabi yang
menyerupai lobak kuda.
3.Tainan
Beberapa kubu yang boley dapat dilihat
antaranya ialah Kubu Zeelandia di Daerah Anping dan Kubu
Provintia untuk bersantai dan sambil minum kopi diwaktu petang.
Kuil Confucius adalah bangunan
klasik yang paling cantik di Taiwan. Pihak Jepun yang menjajah Taiwan telah
meninggalkan beberapa peninggalan sejarah seperti National Museum
of Taiwanese Literature dan Former Tainan Meeting Hall.
Daerah Rende ada dua buah tarikan
kebudayaan iaitu Ten Drum Culture Village membuat persembahan
hebat dengan kombinasi moden dan tradisi, manakala Muzium Chi Mei menampilkan
koleksi Eropah seperti peralatan muzik, senjata, baju perisai, lukisan minyak
dan arca.
Taman
Nasional Taijiang merupakan taman
nasional China yang terbaru. Ia meliputi banyak tapak bersejarah tinggalan
penjajah Belanda dan Koxinga, jeneral China yang menghalau mereka dari Taiwan
serta kawasan-kawasan ekologi penting.
Lagun-lagun
di Daerah Qigu menjadi habitat di musim sejuk bagi spesies
burung yang amat jarang didapati iaitu Black-faced Spoonbill yang
cantik. Para pengunjung yang sukakan pemandangan laut, boleh
menjelajah Southwest Coast National Scenic Area
Kaohsiung & Pingtung
1.Kaohsiung
Mereka yang minat menaiki bot akan menyukai Kaohsiung melalui
perjalanan perlahan sambil meninjau sekitar pelabuhan dan kapal-kapal yang
berlabuh. Perjalanan bermula dari True Love Dock. Terdapat
ruangan sempit antara pintu masuk Pelabuhan Kaohsiung dari Dok Feri Gushan
ke Pulau Qijin.
Bandar ini berselirat dengan laluan-laluan basikal yang menjangkau lebih 200 kilometer. Pengunjung juga boleh melihat pemandangan Love River dengan menyertai perjalanan bot Love Cruises yang disediakan sepanjang masa.
Tempat yang paling menarik untuk membeli barangan dan bergambar ialah di Jalan
Pasar Sanfengzhong yang terletak tidak jauh dari Stesen Utama
Kaohsiung. Bagi para pelancong yang mahu membeli-belah dalam satu bumbung,
boleh pergi ke Dream Mall, pusat membeli-belah yang sangat besar
terletak di tenggara subbandar atau Sanduo Shopping District.
![]() |
| Dream Mall |
![]() |
| Sanduo Shopping District |
Pasar Malam Liuhe amat disarankan kepada
para pelancong. Ia tempat yang hebat untuk mendapatkan makanan ringan Taiwan,
manakala pilihan antarabangsa pula ialah aiskrim Turki, masakan kari
Pakistan dan makanan Jepun yang dibalut dengan rumpai laut.
2. Pingtung
Taman Nasional Kenting merupakan taman nasional yang paling popular di
Taiwan. Para pelancong bertumpu di restoran-restoran dan hotel-hotel
berdekatan Jalan Kending.
Pantai Nanwan sepanjang 600
meter ialah lokasi terbaik jika anda mahu berenang dalam air laut yang
suam dan berseronok menunggang jet ski dan bot pisang. Batu Chuanfan yang
dikatakan menyerupai wajah bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon,
terdapat satu lagi pantai yang menarik.
Kenting Forest Recreation Area melindungi hutan hujan monsun. Di Taman Semula Jadi Sheding, anda mungkin berpeluang melihat rusa sika Formosa.
Melihat pemandangan dramatik sambil merasai tiupan angin di Rumah
Api Eluanbi dan di atas cenuram-cenuram yang berderaian di Longpan.
Sebuah tempat yang patut dilawati apabila memandu ke sini, iaitu National
Museum of Marine Biology and Aquarium.
Teluk Dapeng menjadi tarikan hangat untuk aktiviti meluncur angin dan sukan air lain. tarikan yang paling ganjil di sini iaitu Oyster Shell Island.
Little Liuqiu ialah pulau kecil yang hanya persisirannya berceranggah dengan formasi batu-batan. iaitu batu besar berbentuk cendawan iaitu Vase Rock.
Taiwan Timur
Yilan,
Hualien & Taitung
1. Yilan
Taipingshan Forest
Recreation Area merupakan
pengkalan pembalakan lama yang dilengkapi pameran peralatan perhutanan. Para
pelawat juga boleh menaiki kereta api hutan antik mempelajari tentang
hutan di laluan trek dan menyaksikan lautan kepulan awan yang meliputi lembah
pergunungan
Qilan Forest Recreation Area merupakan bekas nurseri perhutanan. Di kaki bukit terletak Jiaoxi, pusat peranginan kolam air panas yang paling maju dan popular di timur laut Taiwan dan Air Teriun Wufengqi tiga tingkat dengan tinjau astaka.
Lokasi popular lain yang berorientasikan keluarga ialah Shangrila Leisure Farm atau Ladang Santai Shangrila di altitud 250 meter dari aras laut.
Di sini berdiri Muzium Lanyang yang begitu cantik dan menakjubkan kerana seni binanya menyerupai susunan batu berbilang lapis yang timbul dari permukaan bumi akibat aktiviti tektonik di sepaniang persisiran Yilan. Kedai-kedai berorientasikan pelancongan muncul di merata tempat dan makanan yang disarankan ialah gula-gula limau kumkuat madu.
2. Hualien
Jajahan Qixingtan atau
Tasik Tujuh Bintang yang berada di barat laut bandar ini, merupakan teluk
melengkung yang cantik. Teluk ini menghadap Lautan Pasifik yang
hijau membiru, sementara di belakangnya Qingshui Cliff,
cenuram yang menggerunkan. Ia berbatu-batu panjangnya dan beribu-ribu kaki
tingginya.
Gaung Taroko yang terletak di utara bandar merupakan
ciptaan semula jadi yang mengagumkan sepanjang 19 kilometer.
Hualien Farglory Park yang berada di selatan Hualien, merupakan taman tema pertama
di Taiwan yang menumpukan pada ekologi marin. Kanak-kanak suka menonton
pertunjukan ikan lumba-lumba dan singa laut.
3. East Rift Valley National Scenic Area
Tasik terbesar di daerah ini, Tasik Corp (Liyu),
berada di kaki pergunungan di barat daya Bandar Hualien di mana para pelawat
dapat menaiki bot kayuh, menyewa basikal, menikmati makanan enak di restoran
dan kafe terbuka serta berjalan-jalan santai di jalan bulatan sepanjang empat
kilometer dan berkelah / berkhemah di kawasan perkelahan / perkhemahan.
Sixty Stone (Liushidan) Mountain yang terletak di tengah-tengah pergunungan persisiran berada
di latitud 800 meter dari aras laut. Gunung Chike juga
dikenali sebagai lautan bunga daylily yang berlenggok apabila ditiup angin
kerana berada di ketinggian 900 meter dari aras laut.
Wang Family Historic Residence ialah bangunan kayu yang mencerminkan kehidupan
kelompok pekebun semasa era penerokaan di kawasan pergunungan.
Ruisui yang dibuka pada
1919, ada kolam air panas yang mengandungi logam. Inilah satu-satunya kolam air
panas karbonat di Taiwan yang berwarna kekuningan sebab terkandung banyak
besi. Hongye yang berada di selatan memancurkan air jernih
yang beralkali dari pergunungan di Central Mountain Range.
Antong yang berhampiran
kawasan tengah lembah lurah ada hotel kolam air panas ala Jepun dan asrama gaya
kontemporari.
Wuhe Tourist Tea Plantation terletak berhampiran pusat percutian Ruisui
di mana separuh pengeluarannya ialah teh Oolong jeruk. Tarikan lain
yang tiada kaitan dengan teh ialah monumen Tropic of Cancer.
Nan'an Visitor Center yang menampilkan pameran-pameran hebat tentang geologi taman,
flora dan fauna serta subjek-subjek lain. Berdekatan tempat ini, Air
Terjun Nan’an yang setinggi 50 meter dan Laluan Walami yang
mudah dilalui menerusi hutan berdaun lebar.
Di lembah lurah di hujung selatan, terdapat lembah besen yang amat
cantik iaitu Luye Plateau di mana ladang ini dikenali
sebagai Luye Recreactional Tea Farm
4. East Coast National Scenic Area
Jalan utama menuju ke Wilayah Pemandangan
Nasional Persisiran Timur ialah Highway 11. Menuju ke selatan
Hualien, semua orang boleh berhenti seketika di Shitiping iaitu
kampung nelayan dan pengkalan bagi meninjau ikan paus. Di selatan Shiftiping,
ada jalan merentasi Sungai Xiuguluan melalui Jambatan Changhong yang luar biasa
dan hentian seterusnya Sanxiantai.
Aktiviti berakit ke hilir Sungai Xiuguluan sangat popular di bulan Jun hingga Ogos. Rafting Center dekat Ruisui selalunya padat dengan para pengunjung yang lengkap memakai helmet dan jaket keselamatan.
5. Taitung
Dulan Sugar Refinery menghasilkan karya-karya artistik dan persembahan muzik pentas
seperti Xiaoyeliu yang menyerupai Yeliu Geopark di persisiran
utara Taiwan. Hanya beberapa kilometer dari Xioyeluiu, pengunjung boleh
melihat Green Island.
Tamadun pra-sejarah yang telah wujud beribu tahun dahulu dikenali
sebagai Budaya Beinan. Kisah penemuan ekskavasi dan apa yang
telah dipelaiari oleh pakar arkeologi dipamerkan di National Museum of
Prehistory.
Pulau Hijau dijadikan sebagai tempat para peminat snorkel dan skuba serta
pengunjung yang ingin berendam dalam kolam air panas masin.
Orchid Island (Lanyu) bermegah dengan keunikan budaya
Austronesia yang masih wujud kerana kedudukan geografinya yang
terpencil. Kebanyakan orang asli Puak Yami membina
rumah-rumah kalis taufan secara separa dalam tanah.
Pulau-Pulau di Luar Pesisir
Penghu, Kinmen &
Matsu
1. Penghu
Bandar Magong merupakan tempat tinggal kepada separuh
populasi Penghu yang berjumlah 95,000 orang. Magong dipenuhi kejiranan klasik
dengan lorong-lorong lama, perigiperigi bersejarah dan Queen of Heaven
Temple atau Kuil Permaisuri Kayangan.
Jambatan Trans-Oceanic ialah 2.5 kilometer panjang
dan menghubungkon pulau-pulau di Baisho, di mana para pengunjung boleh
pergi ke Akuarium Penghu dan Xiyu. Di hujung
jambatan di bahagian timur, anda dapat melihat kampung sepi di Tongliang.
Kampung Erkan dengan
keunikan rumah-rumah setingkat yang mewah. Salah satu pantai panjang di
pulau utama ialah Pantai Aimen yang mudah ditujui dari Mogong
Ciri-ciri geologi di
Penghu yang luar biasa begitu ketara di beberapa lokasi termasuk Kuibishan's
Geopark di Huxi. paling terserlah ialah cenuram-cenuram yang
mengelilingi Pulau Tongpan.
Salah satu tapak
fotogenik ialah buatan manusia iaitu Double-hearted Weir di
Pulau Qimei. la merupakan perangkap ikan berombak yang dibina daripada
ketulan terumbu karang dan batu basalt. Restoran-restoran makanan laut boleh
didapati di sini.
2.Kinmen
Taman Nasional
Kinmen ialah taman
yang mengkagumkan kerana mengekalkan ciri-ciri keistimewaan di gugusan
pulaunya. Disarankan menjelajah kawasan ini dengan basikal sewa.
Kinmen Folk Culture
Village ialah muzium terbuka di
sekeliling halaman rumah-rumah, yang dibina sekurun lalu oleh golongan
kaya.
Di dalam rumah,
dipamerkan perabot-perabot dan pakaian antik. Selain itu Teleskop-teleskop dipasang
di Mashan Observation Post kepada para pelancong
untuk melihat keindahan Tanah Besar China yang hanya sejauh dua kilometer
sahaja.
Jambatan 5.4 kilometer
dari pulau utama bakal siap dibina dan akan menghubungkan Little
Kinmen yang padat dengan tapak-tapak bersejarah.
3. Matsu
Matsu National Scenic
Area di mana para
pelancong boleh menikmati pemandangan alam semula jadi yang berceranggah,
rumah-rumah klasik dan kubu-kubu yang kalis musnah apabila pulang ke rumah
masing-masing
Tempat-tempat paling menyerlah ialah Terowong Beihai,
gua aras laut yang digali oleh pasukan tentera yang menjadi landas mendarat
bagi kapal tentera dengan selamat.
Rumah-rumah di Qinbi merupakan perkampungan yang begitu istimewa yang berdinding kepingan batu granit dan beratap genting batu yang kukuh.
Mi ikan Matsu cukup unik kerana mengandungi isi ikan belut dan juga ikan laut. Musim memerhati burung boleh dilihat dari bulan April hingga September.


































































No comments:
Post a Comment