Taiwan Utara
Bandar Taipei
1. National Palace
museum
Salah
sebuah muzium terbaik di dunia terletak di kaki gunung di utara Taipei.
Menyerupai istana klasik Cina yang sergam megah dan menyimpan khazanah harta
China yang terbesar. Hampir 700,000 buah artifak diraja yang tidak ternilai
disimpan di sini berusia lebih seribu tahun. Pengaruh Muslim di sepanjang
sejarah China cukup terbukti. Lawatan tetap diadakan oleh pemandu pelancong
terlatih dalam pelbagai bahasa dan panduan-panduan audio turut tersedia.
Terdapat juga bilik minum teh dan restoran-restoran di sini sambil menjamu
hidangan klasik China dan Taiwan serta menikmati pemandangan yang
mempersonakan.
2. National Chiang Kai-shek Cultural
Center
Bangunan National Theater dan
National Concert Hall yang menyerupai istana diraja Cina bersama dengan Hotel
Grand telah lama menjadi permata seni bina di Taipei. Teater dan dewan konsert
terletak sebelah menyebelah di hadapan Chiang Kai-shek Memorial Hall yang
digelar CKS Cultural Center. Dua bangunan ini dijadikan lokasi berkelas tinggi
di Taiwan untuk persembahan kesenian. Lawatan tetap selama 2 jam diadakan dari
isnin hingga jumaat untuk memperkenalkan aspek seni bina dan fasiliti pentas.
bagi lawatan berbahasa Inggeris, tempahan awal perlu dilakukan terlebih dahulu.
3. Memorial Halls
National Chiang Kai-chek Memorial Hall dan halaman indah terletak di hujung jalan
Zhongshan yang dibarisi pokok-pokok di bahagian paling selatan. Struktur
bangunan setinggi 76 meter yang berdindingkan batu marmar cukup simbolik dan
menakjubkan.
National
Dr. Sun Yat-sen Memorial Hall terletak dijalan Zhongxiao digelar Bapa Moden
China. Bangunan ini salah sebuah tempat untuk pertunjukan pentas di mana banyak
persembahan teater antarabangsa dan muzikal dipersembahkan.
4. Tempat Persembahan Pentas Taipei
Taipei Eye amat disyorkan dalam program pelancongan kerana
banyak membuat persembahan dengan penerangan Bahasa Inggeris. Persembahan 90
minit yang mengujakan seperti persembahan tradisi Taiwan, China dan puak orang
asli diadakan pada malam Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu.
5. Pasar-pasar Malam
Pasar malam tradisional telah berkurun lamanya
menjadi hiburan waktu malam yang sangat digemari. Pelbagai makanan tradisi yang
murah dan juga gerai-gerai permainan dijual. Pasar Malam Shilin di
Taipei merupakan nombor satu terkenal dan terbesar di Taiwan. Pasar
Malam Jalan Raohe dan Pasar Malam Jalan Huaxi juga
popular di kalangan para pelancong
6. Gondola, Zoo dan Ladang-ladang
Teh di Muzha
Zoo Taipei memiliki habitat-habitat bertaraf antarabangsa
untuk haiwan-haiwannya seperti beruang panda yang paling popular. Gondola
Maokong membawa para pelawat setiap hari ke lokasi berbukit yang menghijau.
Hentian terakhir berdekatan dengan ladang Teh Maokong di kompleks Kuil
Zhinan yang ceria berwarna-warni.
Ladang-ladang
teh yang membarisi cerun-cerun curam di
kawasan lembah sempit telah ditanam sejak zaman diraja lagi. Dua variasi teh
dihasilkan ialah Dewi Besi dan Baozhong. Para pelawat boleh menjamu selera
dirumah teh dan restoran pada bila-bila masa (24 jam dibuka). Tea
Promotion Center mempamerkan sejarah dan demonstrasi memproses teh dan
seni menhidangkan air teh.
7. Berbasikal di Tebing Sungai dan
Bersantai di Kolam Air panas di Yangmingshan/Beitou
Laluan basikal di sepanjang tebing
sungai Jingmei, Xindian, Tamsui dan Keelung hampir
mengelilingi seluruh Kota Taipei.
Yangmingshan terbentuk daripada gunung berapi yang
sudah pupus, sumber mata air panas dan lubang udara panas yang banyak terdapat
disini. Beitou cukup dikenali sebagai kawasan kolam air panas yang tersohor di
Taiwan. Luangkan masa untuk melawat Beitou Hot Spring Museum yang
berada dalam rumah mandi awam Jepun serta Taiwan Folk Arts Museum di
dalam bangunan warisan Jepun yang diperbuat daripada kayu
![]() |
| Beitou Hot Spring Museum |
![]() |
| Taiwan Folk Arts Museum |
8. Daerah Komersil Zhongxiao-Dunhua
dan Wufenpu
Daerah Timur Taipei merupakan pusat
utama bagi syarikat kewangan besar, perusahaan antarabangsa, pusat
membeli-belah dan gedung serbaneka yang berjenama. Pacific SOGO
Department Store yang berputih sinar dikelilingi pusat membeli-belah,
restoran dan butik.
Mari lawati Wufenpu Garment
Wholesale Area berhampiran Songshan Raiway Station di mana ada lebih
1000 kedai menjual pakaian dan aksesori fesyen terkini Taiwan serta yang
diimport dari Hong Kong, Jepun, Korea Selatan dan negara-negara lain.
9. Vie Show Cinemas
Discovery Center of Taipei berbilang aras di pintu utama dalam Taipei City Hall.
Antara banyak-banyak pusat membeli-belah dan gedung serbaneka di sini, Shin
Kong Mitsukoshi yang paling gemilang. Ia memiliki seni bina yang
canggih dan menyeronokkan di mana terdapat arked di tingkat satu dan pancutan
air di bahagian luar di tingkat teratas.
10. Q square dan Ximending : Pusat
Membeli-belah di Taipei Barat
Q square di utara Taipei Railway Station terletak di hab
pengangkutan bas terbesar di bandar iaitu Taipei Bus Station.
Ximending terletak di bazar komersil untuk fesyen golongan muda
yang dibangunkan oleh pihak Jepun sebagai oasis untuk membeli-belah dan
hiburan. Lorong-lorong pejalan kaki dibarisi oleh butik-butik pakaian murah ala
Jepun seperti kedai-kedai kesenian, salun, kios, kedai buku komik, gerai
permainan digital, arked dan pusat hiburan terbuka percuma untuk konsert muzik
pada hujung dan cuti umum.
Red House merupakan tarikan utama pada pelancong. Ia kompleks
warisan yang ada kafe, pameran sejarah dalam bahasa Inggeris, kedai-kedai artis
persendirian dan teater untuk pertunjukkan tradisional. Taipei Cinema
Park merupakan kawasan bersantai yang mengandungi puing-puing
bersejarah, kafe, tayangan filem di luar dan hiburan pentas untuk golongan
muda.
11. Miramar Entertainment Park dan
Daerah Komersil Tianmu.
Miramar
Entertainment Park merupakan kompleks membeli-belah dan hiburan berbilang aras
yang direka bentuk untuk memberi para pegunjung semua pilihan bagi kunjungan
sehari ke sini. Subbandar Tianmu bermaksud 'Ibu Bidadari',
nama dewi Jepun yang terletak di Jalan Utara Zongshan di bahagian utara. Tempat
ini dikhususkan untuk para pegawai Jepun pada era kolonial.
12.
Daerah komersil Gongguan dan Wilayah Wen Luo Ting
Gongguan ialah daerah
penuntut di selatan Jalan Roosevelt berdekatan persimpangan Jalan Selatan
Xinsheng. Kawasan ini berselirat dengan ialan dan lorong sempat dibarisi kedai
makan, kopitiam, gerai dan restoran hidangan internasional serta kedai pakaian
dan muzik bagi memenuhi keperluan para penuntut yang menuntut di pusat
pengajian tinggi di Taiwan, National Taiwan University dan institut pengajian
lain. Tempat yang popular di Gongguan
ialah Taipei Water Park. Jika tidak berminat bermain air, anda
boleh pilih tarikan utama lain iaitu tapak warisan Museum of
Drinking Water atau Muzium Minum Air.
kawasan
kejiranan berhampiran Wen Luo Ting, mendapat nama dari jalan-jalan
utama yang bersempadan dengannya - 'Wen' dari jalan Wenzhou, 'Luo' dari suku
kata pertama perkataan Mandarin untuk Jalan Roosevelt dan 'Ding' dari Jalan
Tingzhou.
Bandar Baru Taipei, Kelung, Taoyuan
& Hsinchu
1.
Pantai Utara & Wilayah Pemandangan Nasional Guanyinshan
Wilayah
pemandangan ini terbentang luas dari Guanyinshan atau Gunung
Guanyin di bahagian barat sehingga ke bandar pelabuhan Keelung di
selatan. Muka bumi wilayah ini berceranggah dengan persisiran
berbatu-batan, pasiran panlai papular dan gunung-ganang.
Terdapat laluan menuju ke puncak
gunung ini. Pantai Qianshuiwan, Teluk Air Cetek dan Balshawon,
Teluk Pasir Putih, sangat bagus untuk berlibur.
Li
Tian-lu Hand Puppet Historical Museum didedikasikan kepada tok dalang
yang tersohor di Taiwan. Fuji Fishing Harbor di huiung utara
Cape Fugui, dibarisi kedai-kedai makan yang menawarkan makanan laut yang
segar-segar.
Shimen, Pagar Batu
ialah formasi terumbu karang yang telah timbul dari permukaan laut dan melepasi
aras laut. Geopark Yeliu yang berada di atas tanjung tinggi,
menyerlahkan formasi batu pasir dan terumbu karang yang luar biasa.
Berhampiran ialah Feicuiwan, Emerald Bay, pantai peranginan
yang menawarkan pelbagai aktiviti air yang menyeronokkan di dalam dan di luar
penginapan serta menghidangkan menu klasik Cina dan Taiwan.
2. Tamsui
Tamsui
ialah bandar pelabuhan lama yang tersendiri terletak di muara kanan Sungai
Tamsui. Tamsui Old Street yang bermula dari MRT Tamsui
Station, terbahagi kepada dua. Pertama ialah laluan pejalan kaki, Gongming
Lane dan kedua pula seksyen sempit di Zhongzheng Road. Rangkaian laluan
basikal tepi sungai yang meluas, menuju ke hulu dan hilir Sungai Tamsui
dan mengelilingi Taipei lalu berakhir di MRT Tamsui Station.
Tamsui Oxford Museum yang berada dalam bangunan Oxford College, sebuah tapak warisan di sini. Ada pelbagai foto-foto dan memorabilia yang berkaitan dengan kisah mubaligh Kanada, George Leslie Mackay, yang telah meninggalkan impak besar di utara Taiwan dari 1870an hingga 1890an. Di lokasi paling utara di muara sungai, Fisherman's Wharf atau Dermaga Nelayan ada banyak kedai makan dan ia juga merupakan pusat pelancaran bagi pelayaran kapal layar Blue Highway.
3. Jishan dan Muzium Juming
Tarikan pelancong yang popular di bandar pelabuhan ini ialah Jinbaoli
Old Street yang telah dibaik pulih. Ia dibarisi bangunan kuno sejak
dari zaman Dinasti Qing dan bangunan dari era kolonial
Jepun. Kebanyakan penduduk tempatan datang ke sini untuk menjamu
selera. Muzium
Juming mempamerkan
arca-arca besar di halaman yang begitu mengkagumkan. Ia berada di puncak bukit
menghadap Jinshan dan menghala ke arah lautan.
4.
Timur Laut dan Wilayah Pemandangan Nasional Pantai Yilan
Mengembara
ke selatan dari Bandar Keelung, wilayah pemandangan pertama yang menjadi tarikan
pelancong ialah Nanya. Ia dipenuhi formasi batu-batuan pasir dan
batu-batan besi aneh yang terdedah akibat hakisan angin dan air buat sekian
lama.
Jalan utama di pelabuhan Aodi ialah lebuh raya yang dibarisi kedai-kedai makan yang menjual makanan laut yang sangat segar di mana baru sahaia ditangkap tiap-tiap pagi. Fulong Beach, pantai paling popular di timur. Destinasi ini memiliki fasiliti lengkap untuk meluncur angin, berperahu, berkayak dan berkhemah. Ada juga lorong untuk penunggang basikal dan pejalan kaki.
Beiguan Tidal Park yang hampir dengan Lanyang Plain, ialah lembangan batu karang yang timbul ke permukaan dari dasar laut akibat aktiviti tektonik berkurun lamanya.
Di seberang persisiran ialah Pulau Guishan atau Pulau Gunung
Penyu. Para pelancong perlu menaiki bot dari pelabuhan Wushi untuk ke
sini. Para pelancong pasti teruja melihat kehadiran ikan lumba-lumba dan
ikan paus yang berenang berhampiran pulau ini.
5. Jiufen dan Jinguashi
Jiufen
dan Jinguashi ialah bandar perlombongan lama yang telah jatuh murudum beberapa
dekad dahulu. Dua buah bandar yang berjiran ini menghadap puncak
Gunung Keelung. Jiufen terletak di cerun utara sepanjang rabung ke arah
daratan. Jinguashi berada di lembah sempit di bahagian selatan gunung.
Tarikan utama Jinguashi ialah Gold Ecological
Park yang
memaparkan lembah berseiarah, sarat dengan peninggalan aktiviti perlombongan.
Ia bermula dari Tourist Information Center dengan penerangan dalam bahasa
Inggeris. Antara tarikan-tarikan yang menarik ialah ketulan emas yang terbesar
di dunia, kaedah menapis emas, Museum of Gold, melawat terowong bersama pemandu
pelancong dan melihat rumah penginapan yang dibina untuk Maharaia Jepun
Hirohito yang tidak pernah datang ke sini.
6. Wulai dan Yingge
Para pelancong boleh ke sana dengan menaiki kereta api mini
melalui landasan sempit yang pernah digunakan untuk industri pembalakan. Lokasi
ini dipanggil Wulai Aboriginal Culture Village atau
Kampung Budaya Orang Asli Wulai. Di sini ada teater untuk persembahan
tarian dan nyanyian orang asli, pameran budaya dan kedai makan yang
menghidangkan makanan tradisi Atayal.
Perkataan 'Yingge' sama erti dengan
'seramik'. Tempat ini telah menjadi pusat pembuatan seramik selama dua kurun. Para
pelancong dan penduduk tempatan datang beramai-ramai ke Old
Pottery Street yang berturap batu bundar, sebuah seksyen di Jianshanpu
Road. Yingge Ceramic Museum yang moden ini berkelas dunia
dengan penerangan baha Inggeris serta pameran-pameran, demonstrasi dan sesi
membuat produk seramik.
7.KeelungBandar kecil di
persisiran pantai, Keelung, ialah pelabuhan perdagangan kedua terbesar di
Taiwan. Berdekatan pelabuhan ini ialah Pasar Malam Miaokou atau
Mulut Kuil. Ia salah sebuah pasar malam yang tersohor di Taiwan yang
berpusat di kuil lama, Kuil Dianji.
Heping Island Park di jalan masuk pelabuhan dihubungkan oleh jambatan pendek. Lokasi ini ada taman hiburan, formasi batu ganjil, kedai makan makanan laut, lorong-lorong pendek yang santai dan Aboriginal Culture Museum.
Jauh di bahagian selatan persisiran ialah Bisha
Fishing Port yang bersemarak dengan restoran makanan laut dan pasar
ikan yang berasaskan pelancongan. Dari Bisha, nikmati perjalanan bot yang
berombak-ombak selama sejam di sekitar Pulau Keelung, di mana aktiviti
menyeludup pernah berleluasa di sini.Jangan lupa meluangkan masa melawat
puing-puing Ershowon Fort di atas bukit yang menghadap kota.
8. Taoyuan
Cihu ialah salah sebuah tapak untuk
vila desa Chiang Kai-Shek dan di sinilah beliau dikebumikan. Di belakang
Cihu, terdapat hutan lama, hutan baru, laluan santai dan tasik
berbentuk bulan sabit. Tapak CKS bersambung dengan tempat pengebumiannya
bersama anaknya yang dipanggil Chiang Kai-shek dan Chiang Ching-kuo
Cultural Park.
Di kawasan kaki gunung, bandar lama Daxi yang berkembang maju
di zaman diraja, telah dinaik taraf untuk pelancongan. Taman Tema
Window on China memaparkan replika-replika bangunan dan binaan
terkemuka berskala kecil di China dan di seluruh dunia termasuk
Kota Larangan Beiiing, Tembok Besar China dan Menara Condong Pisa.
9. Hsinchu
Hsinchu
Glass Museum ialah
bangunan warisan Jepun yang mempamerkan sejarah kesenian kaca dan industri
komersil kaca di bandar ini. Dari kaca ke silikon, mari menuju ke Silicon
Valley di hujung timur bandar, Hsinchu Science Park.
Tempat menjadi tumpuan ramai ialah Leofoo Village, taman hiburan dan safari yang luas. Naiki kereta api di Neiwan Branch Railway Line yang melalui landasan sempit dan curam ke puncak berbukit dari Bandar Hsinchu. Nikmati keindahan alam semula jadi dengan merentasi Jambatan Gantung Neiwan dan menjamu selera di restoran-restoran Hakka. Lokasi menarik yang lain ialah bandar Beipu di Jalan Lama dan laluan trek Tasik Emei yang mempesonakan.
![]() |
| Leofoo Village |
![]() |
| Beipu |
Taiwan Tengah
Miaoli, Taichung, Changhua &
Nantou
1. Mioli
Keramahan
dan kegiatan keusahawanan di kalangan populasi Hakka di Nanzhuang tampak
begitu ketara di sepanjang Jalan Lama, di mana berdozen gerai berderet membuat
dan menjual makanan tradisional. Lion's Head Mountain ialah
tempat suci untuk diziarahi. Bagi pelancong asing pula, mereka dapat berjalan
santai sambil menikmati pemandangan indah. Tempat inl dipenuhi tokong dan
biara Buddha.
Bagi para pelancong yang ingin mempelaiari lebih lanjut tentang puak orang asli Saisiyat ini sambil menikmati keindahan panorama yang bergunung-ganang, sila berkunjung ke Tasik Xiangtian dan Saisiyat Folklore Museum yang dibina di tebingnya.
Bagi
para penguniung yang meminati seni ukiran hasil karya pengukir, Sanyi
Wood Sculpture Museum patut dilawati. Shengxing Station yang
berada di ketinggian 402 meter dari aras laut, lokasi tertinggi bagi jalan
kereta api itu, masih tegap berdiri.Sebuah lagi relik jalan kereta api yang
boleh ditemui beberapa kilometer dari sini ialah Longfeng Broken Bridge.
West Lake Resortopia mempunyai
kombinasi taman-taman gaya Eropah dengan variasi aktiviti hiburan seperti
berperahu dalam bot angsa, bermain di padang golf mini dan
menonton persembahan pentas.
2. Taichung
Antara
bangunan-bangunan penuh bergaya di Taichung, Fun Sound Station.
Pengunjung boleh bergambar dan bersantai sambal minum kopi.
National Museum of Natural Science berkualiti tinggi dan mesra kanak-kanak sebagai pameran jemputan yang menyentuh tema-tema terkini termasuk tidur dan Laluan Sutera.
Jingming First Street, lorong pejalan kaki sepanjang 130 meter, dibarisi kedai-kedai kecil yang mengasyikkan dan tempat di mana anda boleh menikmati budaya kafe ala Eropah.
Tunghai Art Street,
yang berturap bata dan dibarisi gerai-gerai seni, menawarkan ketenangan
dan peluang untuk membeli barangan seni yang unik dan Pasar Malam
Feng Chia merupakan lokasi tumpuan pengunjung pada waktu malam yang
terkenal di Taichung
Sebuah pusat peranginan dan libur bertaraf antarabangsa di huiung utara Taichung, Yamay Recreation World, menggabungkan dua fasiliti: Mala Bay Water World dan Discovery World
3.
Changhua
Lugang merupakan
penempatan perdagangan yang berkembang maju. Peninggalan unsur keagamaan
terserlah pada hiasan berkerawang yang terdapat di Tianhou Temple. Untuk
mengetahui kehidupan penduduk Lugang yang kaya-raya di zaman lampau,
lawati Ding Mansion yang telah menjangkau 150 tahun.
Putou Street dan Yaolin
Street - kedua-dua jalan terlalu sempit untuk dilalui oleh kereta para
penguniung dapat mencari variasi cenderamata yang menambat hati serta terpukau
melihat bangunan-bangunan tradisional yang fotogenik.
Para pengunjung boleh menuju ke Nine-Turns Lane, jalan yang dibina berliku-liku untuk menghadang angin musim seiuk yang membawa pasir. Houche Lane lebih lurus dibarisi rumah-rumah klasik termasuk rumah besar di No. 8 yang sudah runtuh.
Sebahagian
dari Wilayah Pemandangan Nasional Tri-Mountain, di sini berdiri patung Buddha
gergasi di atas Baguashan yang melambangkan simbol Changhua.
Para pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi dan lari daripada
kesibukan kota-kota besar di Taman Hutan Tianzhong. Seluruh
keluarga pasti girang berjalan santai di sepaniang trek Tea Trail sambil
melihat panorama indah seperti ladang-ladang tanaman, Sungai
Zhuoshui. Tianwei merupakan daerah pengeluar bunga yang utama di
Taiwan.
4.
Nantou
Tasik
air tawar yang terbesar di Taiwan, Tasik Sun Moon menjadi destinasi
pelancongan paling popular yang sungguh indah di Taiwan, sistem kereta kabel
Lake Ropeaway mendaki dua buah rabung gunung di mana ketinggian 1,044 meter
sebelum menurun ke Formosan Aboriginal Culture Village.
Taiwan
Geographical Center Monument atau Pusat Monumen Geografi
Taiwan berada di tengah-tengah antara persisiran barat, timur, utara dan
selatan. Tai Yi Ecological Leisure Farm atau Ladang Ekologi
Libur Tai Yi memiliki 50 hektar ladang-ladang dan berpuluh rumah hiiau
berdekatan bandar PuIi.
Qinjing Farm menjadi pusat peranginan terkemuka yang menyajikan panorama indah
bergunung-ganang.


















































































It is a pity that Taiwan does not travel to Tainan
ReplyDeleteMany old buildings and delicious food
Accommodation suggestions yellowkite
The service was very friendly and helped us upgrade two large beds
The hair dryer has a lot of air, which is really a great surprise. Hard and soft beds do not want to get up properly, there is a children's play area
For families with children, let your children have fun
Very close to the city, but there is also a lot of food nearby, cp is very high, there are coin-operated washing machines, dryers
Online booking is cheap, but room cannot be selected